Ole Gunnar Solskjaer Anggap Jadual Tidak Adil Buat Manchester United

Ole Gunnar Solskjaer

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tanpa berselindung menganggap skuad bimbingannya menghadapi jadual perlawanan yang tidak adil pada dua minggu terakhir ini dalam usaha memburu tempat ke saingan Liga Juara-Juara Eropah 2020/21.

Kenyataan itu mungkin ada asasnya apabila Manchester United yang akan bertemu Crystal Palace pada awal pagi nanti hanya mempunyai tempoh dua hari sahaja untuk beraksi pula di peringkat separuh akhir Piala FA.

Manakala lawan mereka, Chelsea yang sudah beraksi pada perlawanan ke-36 Liga Perdana Inggeris bertemu Norwich City kelmarin, memiliki rehat yang secukupnya untuk menghadapi aksi penting di Wembley tersebut.

”Terdapat kebimbangan jelas di mana mereka [Chelsea] mempunyai lebih 48 jam masa rehat dan pemulihan daripada kita,” ujar Solskjaer menurut laporan Goal.

”Kita bercakap tentang penjadualan yang adil apabila kembali menyambung saingan dan sudah tentu ia tidak berhasil. Tetapi saya perlu memikirkan tentang perlawanan Khamis ini, memenanginya dan memberikan fokus pada perlawanan tersebut, dan kemudian aksi seterusnya.”

Walaupun merasakan jadual tidak adil terpaksa dihadapi skuad bimbingannya, Solskjaer tetap optimis dengan keupayaan dan kecergasan barisan pemain Manchester United untuk merebut salah satu slot ke kempen UCL musim hadapan.

”Dua minggu akan datang bakal menjadi minggu yang memenatkan tetapi sekali lagi bahawa kami berada dalam keadaan cergas, sangat cergas. Para pemain kami tidak berasakan seperti ini selama bertahun-tahun, saya pasti.”

”Ia adalah perkara besar menjelang akhir musim lalu bahawa saya merasakan pasukan kami tidak begitu cergas, kami mendapat beberapa kecederaan, musim ini kami tidak menghadapi masalah sedemikian rupa.”

”Ia tidak akan menjadi masalah dan kebimbangan buat kami tetapi 24 jam dan 48 jam merupakan perbezaan yang amat besar pada ketika ini. Tetapi untuk dua minggu ini, kami perlu untuk beraksi dengan baik,” tambah Solskjaer lagi.

Kredit featured image: Shaun Botterill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Ole Gunnar Solskjaer:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN