Ole Anggap Mereka Tewas Di Tangan Pasukan Paling Bermain Long Ball Di EPL

Ole Gunnar Solskjaer melabel pasukan Liverpool sebagai pasukan paling ‘direct’ dan bermain long ball di dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Kenyataan ini agak pelik. Musim lalu Solskjaer menuduh Man City sebagai pasukan paling kasar dan lasak dalam EPL, sedangkan peratusan Foul pasukan United lagi tinggi daripada jiran mereka itu.

Solskjaer menegaskan, gaya permainan long ball oleh Liverpool itu adalah punca kenapa Man United kalah dengan pendekatan digunakan Jurgen Klopp dalam aksi di Anfield.

Solskjaer berkata: “Mereka [Liverpool] merupakan pasukan paling direct dan nombor satu dalam bermain bola lambung, memenangi bola kedua dan sepakan penjuru.”

Ole walaubagaimanapun memuji kualiti para pemain beliau yang dirasakan berjaya mengekang banyak ancaman Liverpool dengan taktik long ball itu.

Solskjaer juga merasakan mereka berhak menang kerana banyak peluang dicipta, namun sayang sekali penyudah tumpul.

“Pasukan kami mempunyai peluang dalam perlawanan ini. Mereka pun turut mempunyai peluang. Bezanya kami memiliki beberapa peluang keemasan dalam perlawanan ini.”

“Namun begitu, Liverpool pastinya akan menyatakan bahawa mereka berhak menang.”

Kenyataan Ole itu membuatkan ramai pihak tak percaya dengan apa yang dikatannya. Ini kerana pasukan Liverpool jelas pasukan yang lebih banyak hantaran dan juga penguasaan bola.

Ada yang menganggap komen Ole terlalu emosi tak dapat menerima kekalahan.

Liverpool memiliki variasi taktikal dalam permainan mereka. Biasanya mereka akan melakukan cross sebagai variasi taktikal kerana ada kualiti pemain seperti Trent Alexander-Arnold dan Andrew Robertson.

Ada juga yang menegaskan bahawa taktikal Ole yang defensif membuatkan Liverpool melancarkan banyak serangan terus dengan hantaran jauh.

Ole mungkin merasakan pasukannya diancam oleh bola mati. Namun apa yang anda boleh harapkan daripada situasi bola mati? Pastinya kebarangkalian sepakan penjuru diambil dengan hantaran lintang itu agak tinggi.

Ole Gunnar Solskjaer Kecewa kerana pasukannya bolos sekali lagi daripada situasi bola mati.

“Kami kecewa dengan gol pertama. Kerana ianya daripada set piece. Sentiasa rasa kecewa apabila melepaskan gol daripada bola mati.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN