Odoi Akhirnya Setuju Untuk Kekal

Callum Hudson-Odoi akhirnya setuju untuk kekal di Chelsea, selepas masa depan beliau sebelum ini dilaporkan tidak menentu.

Ini apabila beliau cuba dipancing oleh Bayern Munich yang mencari pemain sayap baharu bagi mengisi kepergian Robben dan Ribery.

Hudson-Odoi komited dengan lanjutan kontrak 5 tahun lagi di Stamford Bridge. Beliau masih belum terlibat dalam aksi pasukan Chelsea kerana kecederaan pada April lalu.

Namun Odoi semakin hampir kembali untuk aksi pasukan utama selepas beliau beraksi dengan skuad B-23 Chelsea baru-baru ini.

Pengarah Urusan Chelsea, Marina Granovskaia gembira dengan kejayaan kelab untuk meyakinkan Callum Hudson-Odoi untuk terus kekal di Chelsea.

“Ianya satu perasaan luar biasa,” jelas Hudson-Odoi selepas menandatangani kontrak tersebut.

“Saya sudah lama menunggu untuk memeterai perkara ini, dan sekarang ianya sudah diselesaikan. Saya sangat gembira dengannya. Saya sudah menjadi pemain Chelsea sejak berusia 8 tahun. Dan saya tahu ini adalah kelab yang tepat untuk saya.”

“Saya mahu menjulang sebanyak mana trofi, memenangi sebanyak mana perlawanan yang termampu dan menjaringkan sebanyak mana gol yang saya mampu.”

Lampard turut teruja dnegan berita ini, kerana Callum Hudson-Odoi merupakan pemain yang luar biasa.

“Saya sudah menyakiskan Callum melalui semua ini dan beliau bakat yang luar biasa. Beliau akan menjadi nadi bagi kami semua di atas padang. Dan kini peluang ada di depan mata beliau.”

“Ada beberapa perkara yang ada pada pemain muda, dan beliau sentiasa mahu meningkatkan dirinya. Namun beliau mampu menjadi nadi pasukan ini dan England.”

“Saya mahu bekerjasama dengan beliau dan membantu beliau memacu ke hadapan. Saya juga mahu beliau membangun sebagai seorang pemain.”

“Callum boleh membuktikan bahawa, pemain yang keluar dari akademi Chelsea akan mampu untuk menjadi pemain berkelas dunia. Dan saya sangat yakin.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN