Nyanyian ‘Sumbang’ Bung Mokhtar Dalam Majlis Makan Malam Amal Sabah FC Raih Tajaan RM60,000

Bung Mokhtar Sabah FC

Kesudian Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin untuk menyanyikan lagu Berita Kepada Kawan oleh Ebiet G Ade di atas pentas ketika menghadiri majlis Fundraising Dinner Sabah FC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Jumaat ternyata berbaloi.

Berdasarkan status dan video yang dimuatnaik oleh Jamawi Jaafar, pengurus pasukan skuad bawah 19 tahun (B-19) Sabah, Bung Mokhtar telah menyanyikan lagu Ebiet G. Ada yang bertajuk Berita Kepada Kawan dan nyanyian tersebut telah mendapat tajaan bernilai RM60,000 untuk badan kebajikan di Sabah

Tidak dapat dipastikan berapakah jumlah keseluruhan kutipan untuk majlis makan amal tersebut, namun berdasarkan kemaskini dalam akaun Facebook pasukan tersebut, kesemua tiket Platinum (RM15,000/meja), Diamond (RM10,000/meja), Gold (RM8,000/meja) dan Ruby (RM6,000/meja) telah habis terjual.

Majlis tersebut juga menyaksikan syarikat pakaian sukan dari Itali, Lotto akan terus menjadi penaja pasukan tersebut untuk tahun kedua berturut-turut dengan nilai tajaan yang agak lumayan iaitu RM2.4 juta untuk mengharungi Liga Malaysia 2022.

Kehadiran Bung Mokhtar yang juga merangkap Menteri Kerja Raya itu disambut Pengarah Sabah FC, Datuk Dr Jelani Hamdan, Ketua Pegawai Eksekutif SAFA, Khairul Firdaus Akbar dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi SAFA serta para pegawainya.

Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmy Yahya, Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Harun Durabi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN