Bekas kapten Nigeria, Nwanko Kanu mahu FA Nigeria untuk melupakan (move on) daripada Tammy Abraham dan juga Fikayo Tomori.
Ini selepas badan bola sepak Nigeria itu dikatakan masih mahu berusaha memujuk 2 pemain itu menyertai mereka.
Fikayo Tomori dan Tammy Abraham mendapat panggilan senior pertama daripada Gareth Southgate selepas aksi cemerlang mereka bersama Chelsea awal musim ini.
Bagi Kanu, FA Nigeria tidak perlu terdesak untuk pergi ke arah pemain. Ini kerana, jika pemain itu memang ada hati bermain untuk Nigeria, mereka sendiri akan datang ke Nigeria.
“Itulah bola sepak. Dan saya rasa, Nigeria ada ramai pemain berkualiti untuk diketengahkan. Kita boleh menang tanpa mereka berdua.”
“Nigeria tidak patut merayu kepada pemain untuk bermain untuk kita. Kerana sepatunya pemain ‘merayu’ untuk diplih bermain dengan pasukan kebangsaan.”
Nwankwo Kanu is unmoved following England handing Tammy Abraham and Fikayo Tomori international call-ups.
Read more: https://t.co/YFO7DSTz2n— Daily Trust (@daily_trust) October 4, 2019
Tammy Abraham sebelum ini sudah membuat 3 penampilan untuk Tiga Singa, namun kesemuanya dalam perlawanan persahabatan.
Abraham sendiri sudah menyatakan beliau tidak menutup pintu untuk Nigeria. Namun Kanu merasakan, FA Nigeria tidak perlu memujuk Abraham, biarkan pemain itu sendiri yang datang kepada mereka.
Itu yang terjadi kepada pemain seperti Victor Mose dan Sone Aluko dahulu, di mana mereka bermain untuk England di peringkat remaja, tetapi memilih Nigeria dengan sendirinya apabila beranjak dewasa.
Fikayo Tomori pula memiliki 3 pilihan, sama ada England, Nigeria ataupun Kanada.
FA Nigeria beberapa hari lalu sudah menyatakan mereka akan cuba sedaya upaya untuk meyakinan 2 pemain ini untuk menjadi pemain antarabangsa mereka.