Nur Azam Azih Sedia Ambil Tugas Safiq Rahim, Kemudi Jentera Tengah Harimau Malaya

Ketua jurulatih skuad negara, Nelo Vingada dijangka akan memberikan peluang kepada Nor Azam Azih untuk membuat penampilan pertama bersama skuad senior kebangsaan dalam perlawanan kelayakkan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara pada 10 November akan datang.

Pemain tengah Pahang itu dijangka akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim akibat pergantungan 1 perlawanan selepas menerima layangan kad merah ketika perlawanan menentang Hong Kong bulan lalu.

Ketiadaan kapten JDT yang mempunyai pengalaman yang luas dalam perlawanan antarabangsa itu merupakan satu kepincangan buat skuad Harimau Malaya dalam misi memburu kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan B.

Malah kekalahan ketika bertemu Korea Utara di gelanggang berkecuali di Buriram, Thailand nanti akan merencatkan harapan skuad negara memburu slot kelayakkan ke saingan Piala Asia 2019 yang akan diadakan di United Arab Emirates (UAE).

Berdasarkan senarai pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan persiapan skuad negara untuk perlawanan di gelanggang berkecuali, Buriram, Nur Azam Azih yang kini berusia 22 tahun adalah pilihan yang wajar untuk mengisi kekosongan tersebut.

Safiq Rahim meninggalkan beban kepada rakan sepasukan selepas dilayangkan kad merah. Foto: Asiana.my

Nur Azam Azih adalah sebahagian daripada pemain yang beraksi cemerlang bersama skuad B-22 negara dalam Sukan SEA yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Safiq Rahim hanya akan kembali daripada pergantungan dan boleh kembali beraksi di perlawanan kedua timbal balik menentang Korea Utara, yang turut akan diadakan di Buriram.

Untuk kekosongan yang ditinggalkan oleh kapten JDT yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia itu, Nur Azam Azih tampil menyatakan kesediaannya menggalas tanggungjawab tersebut.

Ketika ditemubual oleh wartawan New Strait Times, Nur Azam Azih dipetik sebagai berkata:

Kredit: Goal.com

“Ia sentiasa menjadi satu penghormatan untuk berada bersama skuad negara. Jika saya beraksi di Buriram, saya akan memberikan 100%. Saya sudah bersedia untuk tugasan ini.”

“Namun saya masih perlu bekerja keras untuk tampil buat pertama kali untuk skuad negara. Terdapat ramai pemain sedia ada di dalam pasukan yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Safiq.”

“Sama ada saya diturunkan atau tidak, bukan perkara terutama. Apa yang penting ialah pasukan negara memperolehi keputusan yang diinginkan.”

“Saya turut dipanggil untuk menyertai persiapan skuad negara ketika berhadapan dengan Hong Kong. Namun saya terpaksa menarik diri kerana isu peribadi.”

“Saya mungkin cetek pengalaman di peringkat antarabangsa. Tetapi saya tetap yakin mempunyai motivasi untuk beraksi dengan baik di bawah kendalian Vingada.”

Dalam pada itu pengendali skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada meluahkan sedikit kekecewaan mengenai penjadualan perlawanan akhir Piala Malaysia yang pada pendapatnya terlampau hampir dengan perlawanan menentang Korea Utara.

Perkara itu sedemikian kerana Vingada berpendapat ia akan menjejaskan tempoh persiapan beliau dengan barisan pemainnya; memandangkan kebanyakkan pemain adalah dari pasukan finalis, iaitu Kedah dan juga JDT.

Kecederaan yang menimpa pemain penyerang, Darren Lok dari JDT dan juga pemain tengah Baddrol Bakhtiar daripada Kedah turut menyebabkan pengendali dari Portugis itu memanggil Khairil Anuar daripada Perak dan juga Hadin Azman daripada Felda United untuk dibawa ke Thailand.

Malaysia akan berhadapan dengan Korea Utara pada 10 November, dan akan berhadapan dengan lawan yang sama pada 13 November untuk menentukan peluang layak ke Piala Asia 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN