Barcelona dilaporkan bersetuju untuk menjual hak jenama stadium mereka kepada syarikat farmasi terkemuka, Grifols.
Sebelum ini Barcelona telah membentangkan cadangan mahu menambah baik stadium yang ada termasuk penambahan kapasiti tempat duduk.
Barcelona menjangkakan kos untuk renovasi dan kerja-kerja menambah kapasiti stadium ini akan menelan kos sekitar €640. Barcelona sudah pun membuat pinjaman berjumlah €300 juta.
Dan seterusnya mereka mencari rakan untuk memiliki hak ke atas stadium tersebut. Grifols datang dengan tawaran yang sangat tinggi dan bersetuju untuk menambahkan €340 juta lagi.
Radio Catalunya menyatakan, masih tiada perkara yang rasmi tentang berita ini. Tetapi ianya adalah dari sumber yang kuat.
Jika hal itu rasmi kelak, Nou Camp akan dijenamakan semula menjadi Nou Camp Grifols. Perjanjian ini dijangka akan dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini.
Selain daripada urusan renovasi stadium, Barcelona juga sedang dalam rundingan untuk memuktamadkan kontrak Lionel Messi yang dijangka akan mendapat kontrak lumayan €90 juta.
Kontrak Messi masih ditangguhkan kerana keutamaan Barcelona sekarang adalah stadium. Jadi, mereka berharap urusan stadium tersebut selesai lebih awal untuk fokus kepada kontrak Lionel Messi dan beberapa pemain lain.
Nou Camp adalah gelanggang keramat Barcelona. Pertambahan jumlah kehadiran penonton ke stadium saban tahun membuatkan pengurusan Barcelona perlu memikirkan cara memperbaiki stadium mereka.
Ia juga akan memastikan stadium itu kekal teguh dan selamat untuk para penyokong.
Apa yang boleh kita pelajari adalah, mereka mengutamakan stadium dahulu, kemudian barulah memikirkan kontrak pemain.