Apa Di Sebalik Nota Arahan Taktikal Koeman Yang Membantu Belanda Mara Ke Separuh Akhir UNL

Kertas  ataupun nota arahan taktikal bukanlah perkara asing dalam bola sepak. Namun untuk ‘decode’ apa yang ada di sebaliknya adalah perkara yang cukup menarik.

Dalam perlawanan Belanda menentang Jerman, Belanda ketinggalan 2-0 dalam perlawanan ini. Mereka memerlukan gol. Dan Ronald Koeman memutuskan untuk menggunakan Virgil Van Dijk sebagai pemain serangan tambahan mereka.

Satu kertas taktikal lakaran pembantu Ronald Koeman – iaitu Dwight Lodeweges telah dijumpai di Veltins Arena. Lodeweges dikatakan mencadangkan kepada Ronald Koeman untuk menggunakan senjata rahsia mereka sebagai extra attacker.

Selepas gol oleh Promes pada minit ke-85, Koeman menyerahkan helaian kertas itu kepada De Tete yang memberikannya kepada De Ligt.

De Light segera menyerahkannya kepada Van Dijk.

Kertas itu menunjukkkan dengan jelas satu arahan mengarahkan Van Dijk menjadi penyerang tambahan dalam sistem 3-5-2 dengan pivot kembar.

Van Dijk segera naik ke atas selepas menerima arahan itu. Dan pada minit ke-90, Van Dijk berada di tempat yang betul sekali lagi untuk menjaringkan gol untuk negaranya.

Ini adalah gol kedua beliau dalam kempen UNL kali ini ke atas Jerman.

Gol tersebut telah menyamakan kedudukan Belanda dan Jerman menjadi 2-2. Sekaligus membantu Belanda mara ke separuh akhir UNL.

https://twitter.com/MxZvGx_/status/1064661354613825536

Apa itu taktik extra man ?

Taktikal extra man merujuk kepada satu taktikal yang meletakkan tambahan pemain di zon tertentu – sama ada zon pertahanan ataupun serangan.

Dalam perlawanan menentang Jerman awal pagi tadi, kapten Belanda – Virgil Van Dijk diletakkan sebagai extra man/pemain tambahan di bahagian serangan ataupun extra attacker (penyerang tambahan).

Extra attacker ini biasanya – jurulatih akan menarik seorang pemain bek tengah untuk menjadi ‘target man’.

Taktikal ini biasa digunakan oleh pengurus ketika mereka terdesak mahu mendapatkan gol. Pemain tersebut akan kekal di atas walaupun dalam situasi perlawanan terbuka (open play) – bukan lagi situasi bola mati.

Kebiasaannya kita melihat pemain bek tengah berbadan besar akan dinaikkan ke atas pada situasi bola mati, tetapi untuk taktikal extra attacker ini – ianya meletakkan terus pemain itu di posisi serangan untuk masa tertentu.

Antara contoh yang kita kerap lihat adalah seperti yang kerap diamalkan oleh Vicente Del Bosque yang gemar menggunakan Gerard Pique sebagai extra attacker apabila perlu.

Entrenamiento de la Selección Española en Las Rozas.

Pemain yang fizikal ini akan bersedia menyambut hantaran lintang dengan keupayaan mereka bertarung di udara. Anda pasti kerap kali melihat taktikal ini digunakan oleh jurulatih profesional.

Kualiti Van Dijk sebagai penyerang tambahan (extra attacker)

Dalam pasukan Liverpool, Van Dijk antara pemain yang kerap berada di zon yang sangat baik di dalam kotak penalti. Malangnya beliau tidak cukup tajam untuk menyudahkan peluang gol.

Dalam perlawanan menentang Arsenal beliau melakukan 3 percubaan dalam ke arah gol. 2 daripadanya terkena tiang. Kedudukan posisi beliau ketika berada di zon serangan adalah sangat baik.

Kualiti ‘poaching’ (memburu gol) yang ada pada Van Dijk sebenarnya bukan perkara yang baru bagi pasukan kejurulatihan Koeman. Virgil Van Dijk merupakan pemain yang kerap digunakan sebagai penyerang tambahan sejak di Groningen lagi.

Rakan beliau di Gronigen, Tim Sparv (gambar) pernah memberitahu Planet Football: “Awalnya, pasukan kami kerap menggunakan beliau sebagai penyerang, terutama sekali apabila kami terdesak untuk mendapatkan gol pada minit akhir perlawanan – beliau akan menjadi penyerang tambahan.”

(L-R) Virgil van Dijk of FC Groningen, Tim Sparv of FC Groningen during the Dutch Eredivise match between Feyenoord and FC Groningen at stadium De Kuip on December 23, 2012 in Rotterdam, The Netherlands.

“Virgil akan diletakkan di atas untuk 10,15 ataupun 20 minit terakhir. Beliau memberikan masalah dan mengkucar-kacirkan pihak lawan.”

“Taktikal itu sangat efektif dan beliau melakukan tugasnya dengan sangat baik. Ini kerana Virgil seorang yang sangat kuat, lasak yang membolehkan beliau mengawal bola. Beliau juga seorang yang sangat bagus dengan bola di kakinya. Virgil adalah senjata yang sangat berguna apabila kami memerlukan beliau.”

Namun begitu Virgil Van Dijk tak pernah berminat untuk menjadi penyerang. Beliau lebih fokus untuk menjadi bek tengah.

Rumusan

Apa yang kita dapat pelajari daripada sekeping kertas ini. Ianya adalah kesanggupan Koeman untuk mendengar pandangan pembantunya. Seterusnya mereka jelas memahami jenis pemain yang mereka ada – apa kekuatan dan kualiti tambahan mereka.

Kemudian, Virgil Van Dijk pula melakukan tugasannya dengan sangat baik untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan kepada beliau.

Anda mungkin mahu mencuba pendekatan ini dalam pasukan komuniti anda? Pastikan ada arahan taktikal yang jelas kepada setiap pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN