Menyebut tentang Norwich City, ramai rakyat Malaysia akan mengingati penajaan mereka dengan Proton Cars UK lebih 10 tahun lepas. Namun, setelah Proton menamatkan penajaan, beberapa firma telah menaja kelab Inggeris itu. Antaranya Flybe dan Aviva.
Namun, Aviva sudah menamatkan penajaan mereka akhir musim lepas. Norwich terpaksa mencari penaja mereka untuk diletakkan pada jersi. Tetapi, mereka sudah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat perjudian.
Melenting
Kebetulan penduduk yang sekitar Norwich ini masih berfikiran konservatif dan berpegang teguh pada agama. Malah, penduduk sekitar sini rata-ratanya menetap di kawasan luar bandar.
Mereka mengkritik tindakan Canaries yang memilih syarikat tersebut. Itu pun setelah mereka mengetahuinya melalui Facebook dan laman rasmi kelab.
Berikut antara komen-komen yang disasarkan kepada kelab.
Namun, ada juga komen yang membela tindakan kelab itu. Maklumlah, ia semua bisnes!
Berbangga dengan jenama lokal
Malah kami cukup terharu ada komen yang masih mengingati jenama Proton itu. Bukan apa, para penyokong Norwich amat berbangga dengan jenama yang wujud serta berasal dari kawasan sekitar Norwich.
Bagi yang tidak tahu, Proton mempunyai fasiliti berdekatan dengan Norwich.
Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita bahawa jenama global yang berasal dari kawasan sekitar boleh diketengahkan sebagai penaja. Asalkan perjanjian itu tidak merosakkan budaya bola sepak sebenar!