Norwich dihentam teruk selepas kekalahan mereka ditangan Liverpool awal pagi tadi di pusingan ketiga saingan Carabao Cup.
Jamie O’Hara menganggap kekalahan tersebut memalukan untuk Norwich selepas The Canaries itu memulakan kempen saingan musim ini dengan sangat teruk.
Skuad kendalian Daniel Farke dibelasah oleh Liverpool di halaman mereka sendiri, yang mana ia merupakan pertemuan kedua untuk kedua-dua pasukan pada musim ini.
🗣️ “They never do anything, they come up, they go down and they get beat every week."
Norwich have been slammed for not having enough ambition and should learn from Brentford on what they could achieve, talkSPORT told #NCFC
— talkSPORT (@talkSPORT) September 22, 2021
Penandatanganan terbaru kelab, Christos Tzolis hampir untuk mengubah kedudukan pada aksi babak pertama permainan, namun selepas sepakan penalti beliau diselamatkan oleh Caoimhin Kelleher, Norwich gagal untuk mengawal permainan.
Mereka bahkan didominasi teruk oleh para pemain muda Liverpool dan menyebabkan Norwich tersingkir dari pertandingan tersebut.
Bekas bintang Premier League, Jamie O’Hara menghentam pasukan yang baru naik dari saingan Championship itu dengan mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai keinginan untuk bermain.
https://twitter.com/Sportsinformer3/status/1440625358856802304?s=19
Beliau turut menjadikan satu lagi pasukan yang naik dari saingan Championship, Brentford sebagai contoh apa yang sepatutnya Norwich capai sebagai pendatang baru dalam saingan Premier League.
“Apa yang kita dapat? Ia mengarut. Dan pengurus mereka, ia hanya seperti satu rundingan perniagaan untuk mereka.”
Jelas O’Hara.
“Mereka tidak pernah lakukan apa-apa, mereka hadir dan dibelasah, mereka dikalahkan setiap minggu, mereka tersingkir dari saingan Carabao Cup.”
“Tidak ada orang yang pandang dan kata, ‘jadi, tunggu sebentar, tentunya kita boleh lakukan lebih bagus dari ini. Kita sudah cukup hebat sebab layak ke saingan Premier League, lihat Brentford!’
“Saya rasa ia sangat memalukan.”
A lofty comparison! 🇩🇪https://t.co/VqHOQrfVap
— Liverpool.com (@Liverpoolcom_) September 22, 2021
Rakan penyampai O’Hara, Jason Cundy bersetuju dengan kenyataan tersebut dan mempersoalkan adakah Norwich pasukan paling teruk untuk di sokong dalam negara pada ketika ini.
Ia tentunya sukar untuk dipercayai ketika mempertimbangkan tentang pasukan yang ada masalah pemilikan dan kewangan dalam liga bola sepak.
Walau bagaimanapun, penyampai talkSPORT itu percaya yang Norwich sebenarnya sedang menuju ke arah yang lebih teruk dari apa yang menimpa mereka pada ketika ini.
Cundy menyatakan bahawa:
“Adakah Norwich pasukan paling teruk dalam negara pada ketika ini, berkait bagaimana keadaan mereka? Jika kamu penyokong Norwich, sekarang, kamu tentu merasakan perasaan paling teruk yang pernah dirasai oleh seorang penyokong bola sepak.”
https://twitter.com/Sportsinformer3/status/1440625358915526669?s=19
“Saya sudah melalui dan melihat semua pasukan dari semua division, setiap pasukan yang berada di dasar liga setidak-tidaknya ada menjaringkan satu gol atau mengutip satu mata.”
“Norwich baru menjaringkan dua gol dalam saingan liga, mereka mencatatkan kosong mata dan mereka tersingkir dari Carabao Cup, dan ia mengesahkan yang Norwich City pada ketika ini, adakah mereka mampu menjadikan musim ini lebih baik, atau akan jadi lebih teruk?”
Cundy kemudiannya menambah lagi:
“Apa yang kamu nak lihat lagi musim ini? Apa yang mereka ada? Apa yang kamu nak mereka capai lepas ni?”
➡ Norwich City 0-3 Liverpool – Watch the goals and highlights (Video) 👇#LFChttps://t.co/t3aGifKLFD
— LFC Globe (@LFCGlobeUK) September 21, 2021
“Sepatutnya kamu beri tumpuan pada pertandingan seperti ini. Klopp memang tak peduli dengan pertandingan ini, dia jelas tak ambil tahu. Dari dulu dia sudah tunjuk yang dia tak minat dengan Carabao Cup atau FA Cup.”
“Dia tahu, apa saja yang berlaku, dia tak peduli sama ada mereka tersingkir atau tidak.”
“Jadi ia merupakan kesempatan untuk Norwich, dan saya tidak tahu apa mereka fikir.”
Wartawan talkSPORT, Alex Crook turut mempunyai sudut pandangan yang sama tentang Norwich beberapa minggu yang lalu.
Namun komen beliau itu kembali mencuri perhatian selepas mendapat maklum balas dari para penyokong.
👀 “They have invested but you have to look at the quality of player.”
❌ “To lose this amount of games, it is not a credit to the league.”
⬇️ “Just five games in and they look like they will suffer the same fate.”@SJOpinion10 expects #NCFC to go down once again this season. pic.twitter.com/d1qRoKEowb
— talkSPORT (@talkSPORT) September 21, 2021
Beliau telah dihentam oleh para penyokong di media sosial selepas mendakwa yang Norwich menipu sistem dan mencabar integriti dalam sukan ini.
Namun beliau baru-baru ini telah menyatakan bahawa:
“Saya terima pelbagai reaksi dari para penyokong Norwich berkait komen saya pada malam minggu lalu.”
“Pujian untuk mereka, kerana peduli tentang kelab, mungkin komen saya lebih mengecewakan berbanding pencapaian mereka dalam saingan Premier League.”
Seperti yang didakwa oleh Cundy, Norwich jelas sekali tidak memanfaatkan kesempatan beraksi bertemu Liverpool dalam saingan Carabao Cup.
Adam Idah prepared to face Caoimhín Kelleher from the penalty spot, only to have the ball swiped from him by Christos Tzolis – who was subsequently lambasted by Daniel Farke. https://t.co/UVmSjjV708
— The42.ie (@The42_ie) September 22, 2021
Melihat Liverpool menurunkan skuad kedua mereka, Norwich sepatutnya menurunkan kesebelasan terbaik mereka dan memastikan mereka layak ke pusingan seterusnya.
Malang sekali, Norwich turut menurunkan skuad kedua mereka dan kerana itu mereka dibelasah oleh anak-anak buah Jurgen Klopp dalam pertemuan pada awal pagi tadi.
Mereka jelas sekali sudah tidak mempunyai harapan dalam saingan Premier League, maka Carabao Cup dan FA Cup merupakan kesempatan untuk Norwich memenangi Piala.
A recap of our #NCFC player ratings for #NORLIV https://t.co/BsCLoYxOio
— Norwich City Live (@NorwichCityLive) September 22, 2021
Walau bagaimanapun, mereka telah mempersia-siakan kesempatan tersebut dan hasilnya, skuad kendalian Daniel Farke itu dihentam teruk oleh pelbagai pihak.