Piala AFF 2018: Norshahrul Mahu Buat Perhitungan Semula Dengan Vietnam

Norshahrul

Penyerang skuad negara, Norshahrul Idlan Talaha jelas masih tidak berpuas hati dengan kekalahan 0-2 kepada Vietnam dalam aksi ketiga Kumpulan A, Piala AFF Suzuki 2018, Jumaat lalu.

Menurutnya yang dipetik berkata kepada Berita Harian, jika berpeluang, dia mahu skuad negara bertemu semula dengan The Golden Dragon untuk membuat perhitungan semula.

Norshahrul dilihat bergelut untuk melepasi kawalan pertahanan Vietnam dan kerap kali dibentes keras oleh mereka. Ini yang menyebabkan dia gagal untuk meledak sebarang gol.

Dalam aksi sebelum ini menentang Kemboja dan Laos, pemain yang lebih dikenali sebagai Mat Yo itu telah menjaringkan tiga gol untuk membantu Harimau Malaya menang dalam kedua-dua aksi.

Foto: AFF Suzuki

“Mungkin selepas ini, saya sangat berharap saya mahu bertemu kembali dengan Vietnam, saya memang tidak berpuas hati dengan mereka,” ujar pemain berusia 32 tahun itu.

“Kita cuba fokus satu demi satu perlawanan, kutip tiga mata dengan Myanmar dan InsyaAllah jika kita masuk final bertemu semula dengan Vietnam, kita akan bermain lebih berhati-hati.

“Saya tengok perlawanan malam ini (semalam), kita bermain dengan bagus. Semua pemain memberikan 100% komitmen,” jelas Norshahrul selepas kekalahan Jumaat lalu.

Mungkin Vietnam sudah bersedia sebaiknya untuk berdepan Malaysia dan tindakan mereka merantai penjaring terbanyak skuad negara, Norshahrul juga dilihat berhasil.

“Cuma cara Vietnam bermain, mereka berjaya mencipta dua peluang dan menjaringkan dua gol,” ujarnya yang telah beraksi dalam lima edisi Piala AFF sejak 2010.

Foto: AZHAR MAHFOF

Mengulas mengenai perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Myanmar pada Sabtu depan, Norshahrul yakin yang kemenangan pasti milik Harimau Malaya.

“Saya optimis kita akan menang dengan Myanmar dengan cara kita bermain malam ini (semalam), ia berbeza dengan corak ketika bertemu Kemboja dan Laos,” ujarnya kepada pihak media.

Malaysia masih berpeluang untuk melangkah ke separuh akhir jika berjaya menumpaskan Myanmar. Namun, terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki oleh anak buah Tan Cheng Hoe.

Antara yang perlu diperhalusi oleh Cheng Hoe adalah aliran bola daripada bahagian tengah ke jentera serangan skuad kebangsaan yang dilihat masih belum berjaya diselesaikan dengan baik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN