Norshahrul Idlan Talaha: Bincang Dengan Baik, Jangan Lepas Tangan

Norshahrul

Penyerang negara yang beraksi di Thai League 1, Norshahrul Idlan Talaha menafikan kenyataan balas yang dikeluarkan Abdul Halim Abdul Shukor dan menganggap ejennya itu cuba untuk mengalih tumpuan orang ramai mengapa beliau berdiam diri pada ketika ini.

Menurut sumber laporan Sinar Harian, Norshahrul yang kini masih berada di Thailand telah menjawab kembali segala dakwaan daripada Pengarah Urusan Offside Sports tersebut dan berikut adalah cerita dari versi penyerang berusia 34 tahun itu:

“Beliau mendakwa saya tandatangan dengan Pro24 Agency tanpa pengetahuan beliau tetapi perkara sebenar adalah sebaliknya.”

“Saya telah maklumkan kepada beliau yang saya sudah tandatangani dengan Pro24 Agency tetapi beliau kata tiada masalah kerana beliau boleh selesaikan perkara itu dengan pihak pengurusan BG Pathum United termasuk pengarah teknikal dan ketua jurulatih.”

Dalam pada itu, Norshahrul juga mengatakan bahawa Abdul Halim mengakui segala urusan perpindahan tersebut berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah.

“Beliau sendiri yang beri jaminan kepada saya ketika itu tiada masalah dan mengapa pula dalam kenyataannya hari ini, beliau kata hal itu berlaku tanpa pengetahuannya?

“Keduanya, beliau mendakwa BG Pathum United masih belum membayar yuran ejen kepadanya tetapi kelab telah memberitahu kepada saya, yuran ejen itu sudah pun diperolehinya. Adakah kelab berbohong atau beliau yang berbohong?”

“Secara logiknya kalau belum dapat yuran ejen, sudah tentu beliau masih menghubungi saya dan kelab. Tapi apabila beliau sendiri menghilangkan diri, nampaknya memang dah dapatlah (yuran ejen) rasanya,” ujar Norshahrul Idlan Talaha kepada Sinar Harian.

Norshahrul yang turut berpendapat sama seperti Abdul Halim iaitu tidak mahu perkara ini menjadi lebih besar hanya mahu ejen tersebut dapat menghubunginya.

“Saya pun tak mahu perkara ini berlarutan. Harap beliau dapat hubungi saja saya segera dan kita boleh berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan baik. Cuma janganlah lepas tangan,” ujar penyerang Bangkok Glass (BG) Pathum United itu.

Kredit foto: BG Pathum United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN