Norhafiz Zamani Misbah Sah Tinggalkan Skuad TRW

Bekas pemain kebangsaan yang juga merupakan penerima anugerah Pemain Pertahanan Terbaik pada 2011 Norhafiz Zamani Misbah, sah tidak akan bersama Kelantan pada saingan Liga Super 2018.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Norhafiz melalui satu muat naik ke dalam akaun peribadi Facebook milik pemain itu petang semalam.

Kelantan player Norhafiz Zamani Misbah during Super League match at Shah Alam Stadium on 27 January 2017. Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Dalam kenyataan di media sosial tersebut, Norhafiz yang membahasakan dirinya sebagai Angah meluahkan perasaan sedihnya kerana terpaksa meninggalkan skuad The Red Warriors selepas menyertai pasukan pantai timur itu sejak 2 musim yang lalu.

Bagi Norhafiz, pengalaman beliau bersama Kelantan adalah sesuatu yang sukar dilupakan, dan telah menganggap negeri Cik Siti Wan Kembang itu sebagai negeri keduanya.

Perkara yang paling terkilan buat Norhafiz ialah kerana gagal menghadiahkan sebarang kejuaraan buat Kelantan FA sepanjang 2 musim bersama dengan pasukan tersebut.

Norhafiz turut mengakui Kelantan adalah salah satu pasukan yang memiliki penyokong bola sepak antara yang terhebat di dalam negara.

Chelsea footballer Nicolas Anelka (R) shoots the ball past Malaysian player Norhafiz Zamani Misbah (L) to score Chelsea’s first goal during a friendly match between Chelsea and Malaysia at The Shah Alam Stadium on the outskirts of Kuala Lumpur on July 29, 2008. English Premier League club Chelsea is in Malaysia as part of a pre-season Asia tour. AFP PHOTO/STR (Photo credit should read STR/AFP/Getty Images)

“Banyak kenangan ketika berada disini. Ketika mula mula melangkah disini(Kelantan), Angah sudah dilayan (dengan) baik oleh semua peminat TRW.”

“Walaupun Angah gagal menghadiahkan sebarang kejuaraan kepada kalian, kalian tetap melayan Angah dan rakan-rakan TRW dengan baik.”

“Tak mampu untuk Angah coretkan panjang panjang kerana emosi sudah mengatasi segalanya. Angah memohon maaf andai ada terkurang dalam melayan kamu semua,” ujar Norhafiz dalam kenyataan tersebut.

Karier Norhafiz Zamani Misbah bermula bersama Negeri Sembilan pada musim 2001 sebelum beliau menyertai Pahang pada 2005. Selain daripada itu, Norhafiz turut pernah beraksi bersama KL Plus FC sebelum kembali menyertai Negeri Sembilan pada 2011.

CANBERRA, AUSTRALIA – OCTOBER 07: Norhafiz Zamani Misbah of Malaysia tackles James Troisi of Australlia during the International Friendly match between the Australian Socceroos and Malaysia at Canberra Stadium on October 7, 2011 in Canberra, Australia. (Photo by Mark Nolan/Getty Images)

Norhafiz sekali lagi mengubah haluan karier profesionalnya apabila menyertai Kelantan pada 1 Disember 2014 untuk saingan Liga Super 2015. Secara keseluruhan, Norhafiz telah tampil sebanyak 46 kali untuk pasukan Kelantan sepanjang 3 musim bersama pasukan pantai timur itu.

Di pentas antarabangsa, Norhafiz turut pernah membantu skuad negara memenangi pingat Perak Sukan SEA 2001, dan telah tampil sebanyak 61 kali untuk pasukan negara di antara tahun 2001 sehingga 2011.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada lagi sebarang pengesahan daripada Norhafiz akan perancangannya selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN