Nor Hakim Hassan: Peluang Menyarung Jersi Selangor Satu Penghormatan

Pantas, lincah dan bijak mengawal bola adalah kemahiran yang dimiliki oleh pemain sayap baharu Selangor, Nor Hakim Hassan. Ia menjadi faktor mengapa pasukan itu terpikat dengan aksinya dan menjadikan beliau sebahagian daripada skuad The Red Giants untuk musim Liga-Malaysia (Liga-M) 2020.

Nor Hakim yang ditembual Sinar Harian memaklumkan, bagi mendapatkan kepercayaan ketua jurulatih, B. Satiananthan untuk membarisi barisan kesebelasan utama, beliau berjanji akan memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

Dalam pada itu, dengan senarai pemain yang ada di Selangor, ianya ternyata bukan laluan yang mudah buat pemain berusia 28 tahun itu kerana perlu bersaing dengan nama-nama besar yang lain seperti Mohd Syazwan Zainon. Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri.

“Saya anggap ia sebagai satu perkembangan positif kerana Selangor mempunyai ramai pemain berkualiti dan jurulatih berpengalaman bagi mengharungi saingan musim depan.

“Cumanya saya beri jaminan akan memberi aksi terbaik bagi meraih kepercayaan jurulatih untuk mengisi kesebelasan utama The Red Giants.

“Kehadiran saya bersama Selangor pada saingan Liga Malaysia 2020 adalah bagi memastikan The Red Giants mencipta lebih banyak kejayaan untuk penyokong setia The Red Giants,” kata pemain kelahiran Kuala Terengganu itu lagi.

Nor Hakim sebelum ini menjadi pilihan utama pengendali Perak, Mehmet Durakovic untuk bermain dalam kesebelasan utama dan beliau berjaya membantu The Bos Gaurus menjulang Piala Malaysia pada tahun 2018.

Beliau yang juga pernah bersama pasukan T-Team selama tiga musim sebelum ini telah dikaitkan dengan kepulangan ke Terengganu dan menyertai pasukan Terengganu FC (TFC). Namun demikian Selangor lebih pantas menyambar khidmatnya.

Dengan penyertaan rakan sepasukannya di Perak, Brendan Gan yang turut menyertai Selangor untuk musim depan, diharapkan gandingan dua pemain tersebut dapat memberikan impak yang diperlukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN