Para pemain negara ketika ini boleh dianggap sedang menghadapi sedikit detik-detik sukar, selepas terpaksa berpisah dengan tempoh agak lama daripada berjumpa keluarga masing-masing.
Menerusi kem latihan pusat yang diadakan pada suatu tempoh agak panjang sebaik sahaja saingan Liga Malaysia (Liga-M) tamat, kini mereka perlu mengharungi saingan Piala AFF pula untuk membawa semangat dan maruah negara.
Sesi latihan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi.
4️⃣ hari menjelang aksi sulung Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menentang Myanmar di Yangon, Rabu ini.#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/K6FIU6ofUM
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 17, 2022
Salah seorang pemain yang agak terkesan dengan pengorbanan yang dibuat ketika ini untuk negara ialah pemain serangan Harimau Malaya iaitu Nor Hakim Hassan.
Pemain lincah tersebut mengakui ketika ini beliau sangat merindui anaknya yang sudah pun mencecah usia lima tahun dan dianggap sangat rapat bersama Hakim.
Menurut Hakim yang juga merupakan tonggak utama Selangor itu, beliau terpaksa menunggu lebih 30 hari lagi sebelum dapat kembali bertemu dengan anaknya, selepas terpilih selaku salah seorang tonggak untuk saingan Piala AFF 2022.
Namun begitu, Hakim menganggap perkara tersebut dapat menaikkan lagi motivasi beliau dan kini bersemangat untuk membantu Harimau Malaya meraih sesuatu pada kejohanan ini.
“Anak saya sedih kerana terpaksa berjauhan dalam tempoh masa yang lama. Sebelum ini tiga minggu dan kini ditambah lagi mungkin sebulan.
“Walaupun dia baru berusia lima tahun tetapi dia sudah memahami namun saya perlu berkorban demi negara,” katanya yang mengakui terkejut dan terharu diberi kepercayaan untuk bersama skuad negara di kejohanan itu menerusi Harian Metro.
Selepas melalui dua perlawanan persahabatan menentang Kemboja dan Maldives, Hakim dan rakan sepasukan jelas berjaya mempamerkan aksi yang cukup memberansangkan.
JADUAL KUMPULAN B PIALA MITSUBISHI ELECTRIC AFF 2022
Ayuh beri sokongan padu pada 2 aksi tempat sendiri di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Rumah Harimau Malaya!
▶️ Dapatkan tiket serendah RM30 sekarang di https://t.co/EB7H05hGIC#FAM #HarimauMalaya#AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/rJB04fJEz0
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 17, 2022
Biarpun tampil tanpa beberapa tonggak utama serta lebih dibarisi muka baharu, anak-anak buah Kim Pan-gon tidak menghadapi begitu banyak masalah untuk konsisten dalam permainan.
Malah, Hakim sendiri berjaya mempamerkan aksi yang cukup baik untuk membantu barisan serangan negara menerusi larian deras serta kelincahannya untuk mengetepikan pertahanan lawan.
Pada masa sama, Hakim juga mengakui persaingan sengit di posisi sayap kanan negara ketika ini untuk membarisi kesebelasan utama, selepas aksi V. Ruventhiran juga dianggap sangat menyerlah.
📽 Dengarkan komen dua pemain Harimau Malaya, Dominic Tan & Nor Hakim Hassan pada hari ke-18 kem latihan pusat Harimau Malaya di Wisma FAM, 5 hari menjelang Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.
Video penuh https://t.co/YN8f18vXHm#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/L2oq1htwvR
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 16, 2022
“Saya akan bersaing bersama-sama Ruventhiran di posisi saya dan siapa pun yang diberi peluang beraksi akan lakukan yang terbaik dan siapa yang bermain segalanya ditentukan oleh jurulatih,” katanya.