Noor Husin, Pemain Afghanistan Pertama Bermain di Liga Inggeris

Pada 2002, Noor Husin mengikut bapanya berhijrah dari Afghanistan ke Britain. Keluarganya menjadi pelarian setelah ketidakstabilan politik di negara asal.

Beliau tinggal di Croydon, London pada zaman kanak-kanak.

Kisah Noor Husin

Setelah berhijrah ke negara Ratu itu, beliau cepat menyesuaikan diri. Noor mempelajari bahasa Inggeris di samping mendapat pendidikan formal di sekolah.

Beliau menyertai Akademi Reading sebelum berhijrah ke Crystal Palace. Semasa di Palace, namanya pernah dimasukkan dalam pemain simpanan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Lawan Palace pada waktu itu ialah nama besar iaitu Chelsea dan Manchester United.

Jejak bermula

Pada 31 Januari 2017, Noor Husin dipinjamkan ke Accrington Stanley. Pada ketika itu, kelab yang dikenali sebagai Stanley bermain di dalam saingan EFL League Two.

Semasa 5 bulan bersama Stanley, beliau telah membuat 11 penampilan dan menjaringkan 1 gol.

Kemudiannya, Crystal Palace meminjamkan pemain ini ke Notts County. Tempoh pinjaman ini selama 18 bulan iaitudari  Januari 2018 sehingga penghujung musim 2018/19.

Mula dikenali di tanah air

Noor Husin, pemain Notts County dari Afghanistan.

Kerana kelibatnya di England, namanya mula dikenali di Afghanistan. Menurut temuramah oleh BBC, ada sebahagian ahli keluarganya menjadi tumpuan media di negara itu.

Beliau menceritakan bahawa ahli keluarganya berbangga dengan kejayaan menjadi pemain bola sepak di negara asing.

Malah, English Football League mula mendapat perhatian peminat di Afghanistan. Selain Noor Husin, terdapat seorang lagi pemain berasal dari negara Asia Tengah itu beraksi di liga Inggeris.

Pemain dimaksudkan ialah Maziar Kouhyar yang menyarung jersi Walsall.

Panggilan istimewa

Noor Husin telah dipanggil untuk menjadi pemain kebangsaan Afghanistan. Beliau menyangka panggilan kaps antarabangsa itu merupakan mimpi.

Beliau menyatakan bola sepak mampu menyatukan ramai, termasuklah Afghanistan tanah airnya. Pemain ini juga meluahkan ingin membawa Afghanistan ke Piala Dunia.

Noor Husin pernah dianugerahkan Anugerah Gol Terbaik EFL League Two bagi Februari 2018. Gol itu dijaringkan beliau untuk Notts County semasa menewaskan Crewe Alexandra.

Sekurangnya beliau ada satu hadiah manis yang baik buatnya. Semoga akan ada sinar buat pemain Afghanistan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN