Nooa Laine Sedia Guna Pengalaman Dimiliki Untuk Bantu Selangor

Pemain tengah kebangsaan, Nooa Laine mengakui beliau sedia menggunakan segala pengalaman diraih ketika bersama Harimau Malaya untuk tampil lebih baik buat Selangor pada masa akan datang.

Terdahulu, Nooa menjadi antara pemain paling mencuri tumpuan sepanjang saingan Pestabola Merdeka 2024 berlangsung, selepas kemampuannya selaku tonggak tengah Malaysia membantu pasukan kebangsaan meraih kejuaraan.

Dibawa turun beraksi selaku pemain gantian pada aksi sulung menentang Filipina, bintang muda Selangor itu terus mendapat tempat di hati Pau Marti Vicente untuk dibawa turun dalam kesebelasan utama berdepan Lubnan.

Pada aksi final, kualiti dipamerkan Nooa untuk bergandingan bersama Syamer Kutty serta Endrick dos Santos berjaya mematikan segala ancaman lawan di bahagian tengah.

Ketenangan, kualiti hantaran, serta sikap agresif Nooa dipamerkan sangat baik sepanjang aksi berlangsung untuk menarik perhatian pemerhati serta penyokong bola sepak tempatan.

Malah, beliau turut dinobatkan selaku pemain terbaik pada perlawanan tersebut untuk mengetepikan tonggak-tonggak senior lain di atas padang.

Jelas Nooa, pengalaman beraksi untuk skuad senior Harimau Malaya membantu beliau untuk meningkatkan lagi tahap permainan sekali gus lebih berkeyakinan bersama Selangor.

Setakat ini, pemain yang pernah beraksi di Eropah itu mengakui hanya memberi fokus penuh buat The Red Giants yang bakal menghadapi aksi seterusnya tidak lama lagi.

“Saya gembira dapat beraksi bersama skuad senior. Perkara itu banyak mengajar untuk memperbaiki lagi corak permainan pada masa akan datang.

“Fokus saya adalah membantu Selangor FC meraih keputusan positif. Saya lihat Pestabola Merdeka memberi pengalaman bermakna untuk beraksi lebih baik,” katanya menerusi Harian Metro.

Setakat ini, Nooa telah pun diberi peluang beraksi untuk skuad senior sebanyak tujuh perlawanan secara keseluruhan bersama satu bantuan gol turut dihasilkan beliau.

Melihat kepada prestasi semasa beliau untuk kem kebangsaan, ada harapan Pau Marti akan terus menjadikannya sebagai salah satu aset penting buat Malaysia.

Pandangan anda, adakah Nooa bakal terus bersinar selaku pemain tengah masa depan Harimau Malaya di pentas antarabangsa suatu hari nanti?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN