Nooa Laine Beri Sebab Kenapa Kekal Bersama Selangor

Bintang muda Malaysia, Nooa Laine secara rasminya telah pun menyertai Selangor secara kekal dan ia sudah pun dinyatakan sejak beberapa hari lalu, termasuk daripada perkongsian bekas kelab, SJK Seinajoki.

Penyertaan Nooa bersama The Red Giants secara pinjaman sebelum itu mendapat perhatian meluas daripada kalangan peminat bola sepak tempatan selepas dirinya memiliki reputasi cukup tinggi di Eropah.

Menjadi persoalan pada awalnya dalam kalangan peminat, atas dasar apa Nooa seolah ‘downgrade’ keadaan semasa beliau untuk menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M), selepas tampil cemerlang di Eropah.

Menerusi perkongsian dibuat oleh media Selangor, Nooa menyertai kelab tersebut adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri dengan lebih demi menyertai pasukan Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

“Sudah menjadi impian buat mana-mana pemain untuk mewakili pasukan kebangsaan masing-masing. Begitu juga dengan saya.

“Antara faktor utama saya menyertai Selangor FC adalah untuk saya terus meningkatkan kualiti saya sebagai pemain bagi mempersiapkan diri untuk pasukan kebangsaan.

“Kini, saya menggalas tugas bersama pasukan kebangsaan dan sudah pasti saya akan memberikan aksi terbaik serta mengumpul sebanyak mungkin pengalaman untuk saya bawa pulang perkara tersebut bersama kelab,” jelas Nooa menerusi perkongsian media Selangor.

Sepanjang bersama Selangor, jelas posisi tengah pasukan itu tampil menyakinkan buat saingan domestik serta kejohanan AFC Champions League Two (ACL 2) menerusi sumbangan Nooa.

Malah, beliau juga telah mencatat 23 penampilan bersama Selangor serta turut merekodkan empat bantuan jaringan secara keseluruhan walaupun lebih dominan selaku pemain tengah bertahan.

“Saya amat berterima kasih atas kepercayaan berterusan yang diberikan oleh Selangor FC. Saya akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi saya dan memberi sumbangan kepada kejayaan pasukan.

“Sebagai pemain, saya akan terus berusaha keras untuk meningkatkan kemahiran diri serta mencapai matlamat peribadi dan pasukan,” kata Nooa.

Ketika ini, Nooa menjadi antara bintang muda Selangor yang terpilih mewakili skuad senior kebangsaan selain kelibat Harith Haiqal yang turut tampil cemerlang bersama kelab.

Malah, Nooa juga merupakan pemain terbaik buat Malaysia ketika pasukan tersebut mengharungi kejohanan Pestabola Merdeka 2024 lalu yang sudah tentu akan terus melonjakkan lagi motivasi beliau bersama kem kebangsaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN