Nooa Laine Atau Endrick: Nafas Baharu Harimau Malaya?

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara rasminya telah pun mengeluarkan senarai 27 barisan pemain Harimau Malaya untuk menghadapi aksi persahabatan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menerusi senarai dikeluarkan tersebut, beberapa muka baharu nampaknya bakal menyertai kem latihan pusat yang bakal dikendalikan oleh Kim Pan-gon sebelum aksi bertemu Turkmenistan dan Hong Kong.

Antara nama-nama baharu yang dipanggil kali ini bertumpu kepada pemain tengah warisan negara yang baharu didaftarkan iaitu Nooa Laine dan beliau beraksi di posisi tengah menyerang.

Pada usia 20 tahun, Nooa sudah pun mempunyai pengalaman yang cukup baik beraksi dalam saingan kompetitif di Eropah bersama beberapa pasukan sekitar Finland.

Sebenarnya, ini bukan pertama kali Nooa dipanggil sertai skuad kebangsaan, setelah sebelum itu beliau pernah menerima tawaran tersebut bersama pasukan bawah 20 (B-20) negara.

Namun atas beberapa masalah teknikal menjadikan usaha untuk membawa Nooa lain terpaksa dilupakan seketika untuk para penyokong Harimau Malaya.

Kini, segalanya kembali cerah dengan berkemungkinan Kim mungkin akan menggunakan Nooa selaku salah satu pilihan terbaik untuk memperkuatkan posisi tengah menyerang Malaysia.

Tambahan pula dengan ketiadaan Lee Andrew Tuck yang sekadar membarisi nama dalam skuad persediaan sahaja kali ini selepas beraksi bagus untuk saingan Piala AFF pada tahun lalu.

Menerusi pengalaman dan usia yang masih muda, pastinya Kim melihat Nooa sebagai suatu aset baharu untuk digunakan beliau dalam mengukuhkan posisi serangan Harimau Malaya.

Menentang Turkmenistan yang mempunyai barisan pemain fizikal lebih baik berbanding Malaysia, pastinya keupayaan Nooa ditagih berdasarkan kualiti dimiliki bintang muda berkenaan.

Selain Nooa, seorang lagi pemain tengah yang baharu dinaturalisasikan iaitu Endrick dos Santos dilihat berada dalam prestasi terbaik untuk diperkenalkan bersama Harimau Malaya.

Setelah tampil agak suram musim lalu bersama Penang, Endrick kembali bangkit dengan corak permainan sangat memberansangkan untuk Johor Darul Ta’zim (JDT).

Jika diikutkan, prestasi Endrick secara individu masih lagi sangat bagus kerana sejak awal penyertaan beliau bersama Felcra sebelum itu lagi sangat menonjol dan diteruskan ketika mewakili Selangor dan kini bersama JDT.

Menerusi beberapa lagi pemain yang dipanggil, jelas semua mempunyai pengalaman sebelum itu di pentas antarabangsa selain konsisten musim ini dalam saingan Liga Super 2023.

Dijangka bakal ada beberapa perubahan baharu dalam senarai kesebelasan utama serta percaturan taktikal sebagai persediaan terbaik sebelum melangkah ke Piala Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN