Nombor 7 Manchester United Sah Milik Cristiano Ronaldo

Ronaldo 7

Teka-teki mengenai nombor jersi Cristiano Ronaldo akhirnya terjawab selepas Manchester United mengumumkan beliau akan kembali menggunakan nombor 7 yang cukup terkenal dan ikonik di kelab tersebut.

Nombor tersebut digunakan penyerang Portugal itu pada enam musim pertamanya di antara 2003 dan 2009 dengan membuat 292 penampilan serta menjaringkan 118 gol. Dalam tempoh itu, beliau telah memenangi enam trofi termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Pengumuman itu agak mengejutkan kerana peraturan M.4 EPL menyatakan, pemain yang masih kekal di kelab akan terus menggunakan nombor jersi yang sama sepanjang musim. Tidak pernah berlaku dalam sejarah EPL penukaran nombor dibenarkan.

Malah Jadon Sancho yang digembar-gemburkan akan menyarung jersi nombor 7 telah diberikan nombor 25 kerana ia sudah digunakan oleh pemain lain.

Tak Dapat Nombor 7, Sancho Pilih ’25’ Kerana Ikut Teori Ivan Zamorano?

Ini bermakna United tentunya telah meminta pengecualian untuk kes Ronaldo kerana mengambil kira populariti pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu yang akan turut memberi kesan besar kepada EPL dari sudut jenama dan nilai komersial.

Nombor berkenaan sebelum ini dimiliki oleh Edinson Cavani pada musim lalu dan turut digunakan dalam penampilan pertamanya musim ini ketika menentang Wolverhampton Wanderers tempoh hari.

Namun United menjelaskan penyerang Uruguay tersebut secara sukarela menyerang nombor itu kepada Ronaldo dan akan bertukar ke nombor 21 yang digunakannya bersama skuad kebangsaan Uruguay.

Nombor 7 Manchester United pernah disarung oleh beberapa orang legenda di Old Trafford seperti George Best, Eric Cantona dan David Beckham.

Tetapi ia dianggap ‘berpuaka’ sejak Ronaldo meninggalkan Old Trafford. Karier tiga pemain terakhir yang menggunakan nombor tersebut iaitu Angel Di Maria, Mamphis Depay dan Alexis Sanchez boleh dianggap gagal dan tidak berakhir seperti yang diharapkan.

Ronaldo dijangkan membuat debut keduanya pada 11 September ini menentang Newcastle United selepas tugasan antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN