Penyerang Chelsea, Alvaro Morata akan menggunakan nombor 29 sebagai nombor baru bagi dirinya bersama pasukan tersebut pada musim hadapan.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu kenyataan rasmi daripada Chelsea sebentar tadi.
Pihak Chelsea membenarkan Morata membuat pertukaran nombor selepas menerima pemohonan dari penyerang kelahiran Sepanyol tersebut.
Menurut laporan, beliau memohon kepada pihak pengurusan untuk menggunakan nombor 29 sebagai angka baru bagi jersinya selepas menyambut kelahiran cahaya mata kembar pada 29 Julai yang lalu.
Kenyataan Morata yang dipetik dari laman tersebut sebagai berkata, beliau membuat keputusan tersebut sebagai memberi penghargaan di atas kelahiran anak kembarnya.
“Saya tidak akan melupakan sebuah hari yang indah saat memiliki anak kembar. Keluarga amat penting bagi saya. Saya ingin memberikan penghargaan kepada isteri (Alice) diatas padang.” ujar Morata.
Apabila ditanya apakah alasan disebalik memilih nombor 29. Ini jelasnya,
“Ini adalah alasan utama mengapa saya memilih untuk menukar nombor (29) pada musim baru. Ianya dibuat untuk memperingatkan hari istimewa saya memiliki anak kembar.”
“Jadi saya menambah nombor 2 (kembar) pada jersi saya.”
Morata dan pasangannya dianugerahkan cahaya mata kembar pada 29 Julai yang lalu dan kedua-duanya telah diberi nama Alessandro dan Leonardo Morata.
Congratulations to Morata and his wife ❤️
Twins 😍 Alessandro and Leonardo
.#morata pic.twitter.com/flNkABqeee— Nouman (@nomifooty) July 29, 2018
Pertukaran nombor yang diumumkan tersebut sekaligus dapat mengeruhkan spekulasi mengenai penghijrahan beliau dari Stamford Bridge.
Bagi menjaga hati semua pihak, Morata sempat membuat memohon maaf kepada seluruh peminatnya yang telah membeli jersi baru dengan tertera nama dan nombor digunakannya sebelum ini.
Beliau turut berharap penyokong The Blues dapat menerima keputusan yang dibuatnya dengan sebaiknya.
“Saya ingin memohon maaf kepada peminat yang mungkin telah membeli nombor 9 dengan nama saya, tetapi saya harap anda memahami penghormatan saya dan ia tidak akan menjadi masalah.
“Terima kasih atas sokongan anda selama ini dan saya berharap pada tahun ini terdapat banyak perkara lagi untuk meraikan.”