Martin Braithwaite menjadi pemain paling mencuri tumpuan apabila Barcelona kembali ke dalam aksi kompetitif buat pertama kali tanpa Lionel Messi.
Penyerang antarabangsa Denmark itu menghasilkan dua jaringan, dan satu assists untuk membantu Barcelona menang 4-2 ke atas Real Sociedad di Nou Camp pada malam tadi.
Perlawanan tersebut menjadi aksi pertama Barcelona di Nou Camp dengan kehadiran penyokong sejak 17 bulan yang lalu. Gerard Pique terlebih dahulu meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-19 perlawanan sebelum dua jaringan oleh Braithwaite pada setiap babak perlawanan.
Two goals, one assist.
Martin Braithwaite masterclass 👑 pic.twitter.com/DFt2OnufKx
— ESPN FC (@ESPNFC) August 15, 2021
Pada ketika Barcelona dilihat akan menang selesa, Sociedad cuba menghadirkan kebangkitan dengan dua jaringan pada 10 minit terakhir perlawanan.
Kebangkitan tersebut bagaimanapun dipadam oleh jaringan pada masa kecederaan oleh Sergio Roberto.
Kesebelasan utama pertama pada musim baru ini menyaksikan Ronald Koeman turut menamakan pemain baharu yang baru didaftarkan, Eric Garcia dan Memphis Depay. Tidak terkecuali ialah pemain muda berbakat besar, Pedri yang bertanggungjawab mengemudi bahagian tegah.
Ia permulaan yang baik dari Barcelona apabila Antoine Griezmann cuba mnghasilkan sesuatu dengan sepakan akrobatik yang tersasar, diikuti oleh satu lagi percubaan melalui tandukan yang tidak menepati sasaran oleh penyerang antarabangsa Perancis itu.
Before today, Martin Braithwaite hadn’t scored in La Liga since December 2020.
Today: ⚽⚽ pic.twitter.com/OlNrvQP7e3
— B/R Football (@brfootball) August 15, 2021
Gol pertama selepas era Messi bagaimanapun datang dari permain pertahanan, Pique, yang baru-baru ini sanggup gajinya dipotong untuk membenarkan La Liga menerima pendaftaran pemain baharu.
Pengorbanan Pique nyata tidak sia-sia apabila beliau menyempurnakan hantaran cantik hasil sepakan percuma Depay untuk meletakkan Barcelona 1-0 di hadapan.
Barcelona meneruskan aksi pada babak pertama tanpa sebarang masalah apabila giliran Braithwaite mencuri tumpuan dengan tandukannya yang menghasilkan gol kedua perlawanan, selepas menyambut hantaran lintang Frenkie de Jong.
Real Sociedad cuba bangkit melawan pada babak kedua perlawanan tetapi kegagalan Alex Remiro menyekat hantaran lintang Jordi Alba dimanfaatkan sepenuhnya oleh Braithwaite untuk Barcelona semakin selesa di hadapan.
Walaupun cuba bangkit selepas itu melalui jaringan Julen Lobete dan Mikel Oyarzabal, Barcelona memastikan perlawanan pertama mereka tanpa Messi berakhir dengan tiga mata apabila Sergi Roberto menjadikan kedudukan 4-2 pada masa kecederaan.
Kesebelasa utama:
4.- Barcelona: Neto; Dest (Emerson, min. 71), Pique, Eric Garcia (Araujo, min. 83), Jordi Alba; Busquets (Nico Gonzalez, min. 83), De Jong (Sergi Roberto, min. 71), Pedri; Griezmann, Braithwaite, Depay (Lenglet, min. 90)
2.- Real Sociedad: Remiro; Zaldua (Gorosabel, min. 66), Aritz (Pacheco, min. 81), Le Normand, Aihen; Silva (Bautista, min. 46), Zubimendi, Merino; Januzaj (Barrenaextea, min. 46), Portu (Julen Lobete, min. 66), Oyarzabal
Gol: 1-0, min. 19: Pique; 2-0, min. 45+2: Braithwaite; 3-0, min. 59: Braithwaite; 3-1, min. 82: Julen Lobete; 3-2, min. 85: Oyarzabal; 4-2, min. 90+1: Sergi Roberto
Pengadil: Hernandez Hernandez (Las Palmas).
Kad Kuning: Zubimendi (Min. 37) for Real Sociedad, Busquets (Min. 57) for Barcelona, Elustondo (Min. 62) for Real Sociedad, Munoz (Min. 62) for Real Sociedad, Le Normand (Min. 78) for Real Sociedad, Nico Gonzalez (Min. 84) for Barcelona
Kad Merah: None