Nilai Pampasan Pemain AMD Akan Ditetapkan Sebelum Sertai Pasukan Liga Malaysia

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata sebuah jawatankuasa pemandu akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan nilai pampasan yang perlu dibayar oleh mana-mana kelab Liga Malaysia yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain dari AMD.

Beliau dipetik sebagai berkata demikian melalui satu laporan oleh Bernama.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan akan dianggotai oleh wakil dari Majlis Sukan Negara dan juga Kementerian Pendidikan.

Ia bertanggungjawab untuk meneliti mekanisma terbaik, dalam menentukan nilai pampasan yang sepatutnya diterima AMD.

Dalam perkembangan  lain, Subahan turut berkata sebahagian daripada peruntukkan RM45 juta yang diperuntukkan melalui Bajet 2020 yang dibentangkan kerajaan pada awal Oktober ini akan digunapakai untuk memperbaiki fasiliti di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang.

Pintu Gerbang Akademi Mokhtar Dahari. Foto: Perbadanan Stadium Malaysia.

Namun demikian Subahan berkata pihak FAM akan tetap menggunakan peruntukkan tersebut untuk memperkasakan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) di seluruh negara sebagai objektif utama.

“Fokus juga perlu diberikan kepada kebajikan jurulatih dan pemain AMD.

Pada hari ini NFDP dilaporkan memiliki lebih daripada 25,000 pelatih berusia 12 tahun ke atas di seleruh negara. 200 daripada mereka adalah pelatih elit yang ditempatkan di AMD di Gambang.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN