Niklas Sule: “Chelsea Pernah Hubungi Saya, Tetapi Tawaran Bayern Jauh Lebih Menarik”

Dalam temu ramah dengan Sport Bild, Niklas Sule mendedahkan beliau tidak tertarik langsung dengan tawaran dari kelab England setelah mendapat tahu Bayern Munich mahukan beliau.

Antonio Conte yang mencari pemain pertahan untuk menggantikan John Terry di Stamford Bridge. Namun begitu, kelab gergasi Jerman, Bayern Munich berjaya memikat pemain 21 tahun ini.

Niklas Sule ditandatangani Bayern Munich dalam perjanjian pra-kontrak pada musim lalu. Beliau akan menyertai Bayern Munich untuk musim hadapan. Nilai perpindahan Sule adalah sekitar €25 juta.

Niklas Sule

Beliau bukan keseorangan, kerana rakan beliau Sebastian Rudy juga menyertai Bayern Munich.

Niklas Sule memberitahu Sport Bild yang Bayern Munich menawarkan beliau lebih ‘tekanan’ dalam persaingan di peringkat tertinggi. Beliau berkata:

“Chelsea berminat mendapatkan saya. Tetapi saya menolak tawaran itu.”

“Bagi saya, langkah menyertai Bayern Munich adalah yang paling tepat. Kelab ini di antara 3 kelab terbaik di dunia. Jadi, saya tidak perlu berfikir panjang.”

“Saya boleh pergi ke England bila-bila masa. Banyak tawaran dari England. Tetapi saya mahu buktikan kualiti diri saya dalam pasukan terbaik di Bundesliga iaitu Bayern Munich.”

Niklas Sule antara pemain penting dalam kem Hoffenheim musim ini yang dikendalikan Julian Nagelsmann.

Beliau konsisten sepanjang musim untuk membantu kelab tersebut menamatkan saingan liga di tangga ke-4 liga.

Sekaligus meletakkan kelab tersebut di landasan terbaik untuk beraksi di UCL buat pertama kali dalam sejarah kelab tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN