Nike telah menyerahkan but tempaan khas untuk Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Perkara itu disahkan melalui satu muat naik di laman twitter baginda semalam.
Menurut TMJ, but tersebut diserahkan sendiri oleh Encik Ernest Rodrigues yang merupakan Ketua Pemasaran Sukan Nike di Malaysia.
Thanks Nike.
Mr. Ernest Rodrigues, Sports Marketing Lead, Nike Malaysia presented me the special custom made Nike boots. pic.twitter.com/KYmPEhRZgs
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 22, 2018
“Terima kasih Nike. Ketua Pemasaran Sukan Nike di Malaysia, Encik Ernest Rodrigues menyerahkan kasut but tempaan khas oleh Nike,” tulis baginda.
Di dalam muat naik tersebut, TMJ turut berkongsi kasut but berwarna keemasan dengan logo JDT terpampang, di atas sebuah Lamborghini Aventador warna keemasan.
Sepasang lagi kasut but dengan hiasan warna biru dan merah turut kelihatan, dan dipercayai turut diterima oleh TMJ daripada Nike.
Thanks Nike pic.twitter.com/PIvGopWQ3T
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 11, 2018
Sebelum ini TMJ pernah memuatnaik gambar sepasang kasut but oleh Nike, yang persis milik penyerang England, Harry Kane.
But ini sebenarnya direka khas untuk penyerang England, Harry Kane kerana muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan Piala Dunia di Rusia.
Baginda sebelum ini turut pernah bertanya kepada warga twitter, corak mana satukah yang lebih sesuai dan menarik.
Which design will look better? I personally like the left but the other one looks good too ?. Thank you in advance my friend. pic.twitter.com/g7Ghq5WN8T
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 13, 2018
Muatnaik tersebut mendapat pelbagai maklum balas. Baginda turut menjelaskan perkongsian baginda sebelum ini adalah kerana perasaan teruja apabila Nike memaklumkan akan menempa but yang sama seperti Harry Kane dengan logo JDT.
I’m just excited on how it’s going to look like and just wanted to share it. That’s all. I really didn’t realise it was going to be a big deal. Haha.. Chill guys. Have a good weekend. https://t.co/CPugqW354y
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 12, 2018