Selepas sebelum ini mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nik Nazmi Nik Ahmad, kini menarik balik niat beliau tersebut.
Sebaliknya Ahli Parlimen Setiawangsa itu kini melaungkan sokongan kepada Presiden KLFA sedia ada, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan, sambil menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden KLFA.
1. Thread: Sebelum ini saya telah mengumumkan kesediaan untuk bertanding selaku Presiden KLFA.
Namun, setelah mengambil kira pandangan serta pertemuan pelbagai pihak termasuk penyandang DS Adnan Md Ikshan sendiri saya ambil keputusan untuk bertanding sebagai Timb Presiden
— Nik Nazmi (@niknazmi) November 5, 2018
Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik oleh Ahli Parlimen berusia 36 tahun itu di akaun twitter, sebab utama beliau berbuat demikian ialah untuk menimba pengalaman di dalam pengurusan bola sepak di negara ini.
2. Antara faktor utama keputusan ini dibuat pastilah bagi bolehkan saya timba pengalaman.
Meskipun bertanding selaku org no 2 KLFA, saya dgn teguh hati percaya bhw idea2 yg telah saya utarakan dapat diteruskan & direalisasikan demi kemaslahatan, kelangsungan serta kemajuan KLFA
— Nik Nazmi (@niknazmi) November 5, 2018
“Meskipun bertanding selaku orang No.2 (Timbalan Presiden) KLFA, saya dengan teguh hati percaya bahawa idea-idea yg telah saya utarakan dapat diteruskan,” ujar beliau dalam kenyataan tersebut.
3. Saya juga menghargai peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Adnan dalam membawa skuad Kuala Lumpur ke saingan Liga Super, selepas kali terakhir layak pada tahun 2012, dan sebelum itu terpaksa bersaing dalam kancah Liga Perdana serta Liga FAM
— Nik Nazmi (@niknazmi) November 5, 2018
Selain dari menghargai usaha yang dilakukan Datuk Seri Adnan dalam memperkasa pasukan Kuala Lumpur sejak beberapa musim lalu sehingga berjaya bersaing di Liga Super, Nik Nazmi mahu agar ahli gabungan memilih untuk mengekalkan Datuk Seri Adnan sebagai Presiden,dan memilih beliau sebagai Timbalan Presiden KLFA.
4. Saya menyeru semua badan gabungan KLFA untuk pilih DS Adnan sebagai Presiden & sy utk jawatan Timbalan Presiden di mana sy akan berusaha sedaya upaya utk jalinkan kerjasama erat & strategik dengan semua pihak, bagi merealisasikan impian untuk mengangkat martabat skuad KL
— Nik Nazmi (@niknazmi) November 5, 2018
Bagi jawatan timbalan presiden yang menawarkan dua kerusi, ketika ini hanya Nik Nazmi dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar menjadi calon yang berminat untuk bertanding mengisi jawatan berkenaan.