Nik Nafi Masalah Dalaman Punca Terengganu FC Tewas Dalam Tiga Perlawanan Liga Super

Prestasi naib juara Piala Malaysia 2018, Terengganu FC (TFC) yang tewas dalam tiga perlawanan Liga Super berturut-turut mengundang pelbagai kritikan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong skuad penyu.

Malah, segelintir peminat berpandangan TFC mungkin mempunyai masalah dalaman seperti kelewatan pembayaran gaji sehingga memberi kesan kepada prestasi pemain di atas padang.

Mengulas mengenai isu tersebut, pemangku ketua jurulatih TFC, Mohamad Nik menafikan skuadnya dihimpit masalah dalaman sehingga gagal mengutip sebarang mata ketika bertemu Selangor, PKNP FC dan terbaharu Kedah.

Bercakap dalam Berita Harian, beliau menyifatkan sikap sesetengah pemainnya yang tidak bermotivasi dan bersikap terlalu yakin dikenal pasti antara faktor menyebabkan skuad itu tersungkur pada tiga aksi berkenaan.

“Sebagai jurulatih, saya mengambil tanggungjawab kekalahan ini tetapi ingin saya tegaskan pemain tidak melakukan protes ketika tewas dalam tiga perlawanan terakhir itu, malah tiada masalah dalaman yang melanda pasukan.

“Tetapi faktor tidak bernasib baik selain ada sesetengah pemain yang kurang bermotivasi tinggi dan gagal menyerlah ketika beraksi menyebabkan kita tewas dalam tiga pertemuan itu.

“Selain itu ketiadaan pemain tengah, Lee Tuck yang mengalami kecederaan di bahagian belakang badan selain ketumpulan jentera serangan yang diketuai Kipre Tchetche menyebabkan kita gagal menghasilkan jaringan,” ujar Mohamad.

Kesebelasan utama Terengganu FC ketika menentang Kedah. FOTO: TFC

Selepas mengharungi sembilan perlawanan Liga Super, skuad itu kini mengutip sembilan mata dan berada di kedudukan kelapan liga. Mereka akan bertemu Kelantan United pada Selasa ini dalam aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.

“Biar pun tanpa ketua jurulatih Irfan Bakti Abu Salim yang masih berkursus, saya gesa pemain bangkit dan mengambil peluang ini untuk melangkah ke pusingan seterusnya selain tidak mengambil mudah status pasukan lawan yang beraksi dalam saingan Liga M3,” kata Mohamad.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN