Nik Akif Tetap Terbang Ke Mongolia Demi Malaysia Walaupun Baru Kehilangan Ayah Tercinta

Pemain tengah skuad Harimau Malaya B-22, Nik Akif Syahiran Nik Mat tetap akan menyertai pasukan negara terbang ke Mongolia untuk menghadapi cabaran pusingan kelayakan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung bermula 25 hingga 31 Oktober 2021.

Sebelum itu dugaan berat menimpa Nik Akif setelah kehilangan ayahnya, Nik Mat Yusof yang meninggal dunia, pagi semalam.

Berdasarkan beberapa perlawanan persahabatan yang diatur sebelum ini, pemain tenggah Terengganu FC berusia 22 tahun itu adalah antara nadi penting pasukan negara di bawah kendalian Brad Maloney.

Sumber: FAM

Selain Nik Akif, Terengganu FC turut mempunyai enam wakil lain iaitu Syed Nasrulhaq, Azam Azmi, Hakimi Abdullah, Syafik Ismail, Hairey Hakim dan Nur Azfar di dalam skuad kendalian Brad Maloney.

Dan selepas sehari pulang ke kampung halaman untuk pengebumian ayahnya, Nik Akif kini bersedia untuk menyahut seruan memperkuatkan pasukan negara dalam pusingan kelayakan Kumpulan J yan turut menyaksikan pasukan seperti Thailand, Laos, dan tuan rumah, Mongolia berada di dalam kumpulan yan sama.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pegawai Terengganu FC sendiri, Joe Rozi melalui ciapan di Twitter peribadi beliau sebentar tadi.

Menurut Joe Rozi, beliau telah dimaklumkan oleh pemain itu sendiri sudah tiba di Lapangan Terbang Subang sebelum menyertai pemain-pemain lain di dalam kem negara.

Skuad Harimau Malaya B-22 dijadualkan terbang ke Ulaanbaatar, Mongolia pada jam 9.50 malam ini. Satu majlis bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut diadakan sebentar tadi untuk memberi suntikan semangat kepada barisan pemain kendalian Brad Maloney yang akan mengibarkan cabaran pasukan negara.

Malaysia dijadualkan akan turun beraksi pada 25 Oktober menentang Laos, sebelum berhadapan tuan rumah Mongolia tiga hari kemudian. Skuad kendalian Brad Maloney akan berhadapan Thailand pada 31 Oktober.

11 juara kumpulan dan empat naib juara terbaik akan mara ke pusinan akhir Piala AFC B-23 yang akan diadakan di Uzbekistan pada Jun tahun hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN