Nik Akif Syahiran Digantung Dua Perlawanan Kerana Tumbuk Pemain Sarawak

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam memutuskan pemain tengah skuad kebangsaan dan Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat digantung dua perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik.

Beliau didapati bersalah kerana berkelakuan ganas dengan menumbuk perut pemain lawan ketika perlawanan Liga Premier 2019 menentang Sarawak pada 6 April 2019 di Stadium Negeri, Kuching.

Menurut kenyataan daripada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, kesalahan itu telah melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM dan diberi amaran keras serta hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Matt Davies, Nik Akif
Foto: FAM

Selain itu, FAM turut menggantung pemain pasukan Tun Razak FC, Mohammad Firdaus Yusof sebanyak 4 perlawanan akibat daripada tindakannya menunjukkan isyarat lucah terhadap Pengadil.

Kesalahan itu dilakukan ketika perlawanan Liga M3 2019, Puchong Fuerza FC lwn Tun Razak FC pada 24 Mac 2019 di Stadium Mini MMU, Cyberjaya.

Malah, pemain tersebut turut dikehendaki membayar denda sebanyak RM500.00 dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM Kali Kesebelas Bagi Penggal 2017-2021. FOTO: FAM

Dua lagi pemain iaitu Jasmir Mehat daripada pasukan SAMB FC dan Muhammad Rizqi Azman daripada pasukan DDM FC turut berdepan hukuman akibat daripada kad merah yang diterimanya dan berkelakuan ganas dengan sengaja memukul dibahagian leher pemain lawan.

Mereka digantung enam perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Walau bagaimanapun, pemain tersebut digantung tiga perlawanan pertama dahulu dan baki tiga lagi perlawanan adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik pemain selama enam (6) bulan dari tarikh penerimaan keputusan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN