Nik Akif Syahiran Bakal Berhijrah Ke Liga Thailand Musim Depan?

Bintang tengah skuad bawah 19 tahun negara dan Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat dikhabarkan mendapat tawaran beberapa pasukan Liga Malaysia dan sebuah kelab dari Liga Thailand.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Nik Akif mengakui beliau sudah dirisik oleh beberapa kelab yang mahu mendapatkan khidmatnya selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara yang menjuarai Piala AFF B-19 di Surabaya, Indonesia, bulan lalu.

Beliau yang mewakili skuad B-23 di Sukan Asia Jakarta-Palembang, baru-baru ini turut mendapat panggilan untuk menyertai skuad Harimau Malaya bagi menghadapi 2 perlawanan persahabatan antarabangsa bulan depan.

“Jika tawaran sesuai, terutama daripada kelab Thailand, saya sedia meninggalkan Kelantan kerana memang menjadi impian saya bermain di luar negara.

“Begitu pun, segala-galanya bergantung pada majikan saya, KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) sama ada sedia melepaskan saya atau tidak kerana saya masih mempunyai kontrak bersama mereka selama dua tahun lagi,” katanya.

Aksi Nik Akif Syahiran ketika beraksi dalam Kejohanan AFF B-19 di Indonesia. FOTO: Bobotoh id

Namun begitu, pemain yang berusia 19 tahun itu tidak mahu memikirkan tentng perpindahan tersebut kerana beliau masih ada tugas yang belum diselesaikan bersama skuad Kelantan.

Kelantan amat memerlukan 3 mata penuh untuk mencerahkan peluang mereka untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia menentang MIFA dan Kedah.

“Peluang masih ada dengan syarat kami kalahkan MIFA, esok dan Kedah pada perlawanan terakhir sambil mengharapkan pasukan lain mencapai keputusan negatif. Saya harap kami dapat memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri untuk kedua-dua perlawanan itu.

“Pada masa sama saya mahu membalas kepercayaan jurulatih, Tan Cheng Hoe yang menyenaraikan saya dalam skuad kebangsaan.

“Saya akan memberikan prestasi terbaik dalam latihan dan cuba mendapatkan tempat dalam senarai terakhir,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN