Nik Akif Kekal di Kelantan Musim Depan, Terikat Dengan Kontrak Sehingga 2021

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Husin Deraman telah mengesahkan pemain tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat akan kekal bersama pasukan tersebut pada musim hadapan.

The Red Warriors yang akan terus beraksi dalam saingan Liga Premier masih dapat meneruskan khidmat permain berusia 20 tahun itu kerana beliau terikat dengan kontrak bersama pasukan berkenaan sehingga musim 2021.

“Dia (Nik Akif) antara pemain tempatan musim ini yang kekal, bagi memperkuatkan pasukan menghadapi cabaran pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) terutamanya Liga Premier.

“Latihan pasukan akan bemula 3 Nov ini bagi mempersiapkan pasukan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Perkhabaran ini sekaligus menamatkan segala spekulasi daripada beberapa portal media yang mengatakan pemain muda itu akan menyertai pasukan baharu untuk saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Malah agensi berita Fox Sports sebelum ini melaporkan mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan pemain B-23 negara ini perlu membayar RM1 juta kepada KAFA kerana beliau masih terikat dengan kontrak.

https://twitter.com/FOXSportsMY/status/1186828500646285312?s=20

Pasukan Kelantan kini turut giat membuat persiapan untuk hadapi musim 2020 dengan mendapatkan pemain import baharu.

Menurut Husin, bagi memperkuatkan pasukan, pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan pasukan kini sedang melakukan penilaian terhadap pemain import termasuk pemain yang beraksi di Liga Thailand dan Indonesia.

“Kami akan mendapatkan empat khidmat pemain import bagi memenuhi kuota empat pemain asing yang dibenarkan kepada pasukan Liga Premier, namun posisi mereka bergantung kepada keperluan pasukan dan bajet persatuan.

“Kami tidak mahu tergesa-gesa dalam pemilihan pemain import, supaya kami memperolehi pemain yang mempunyai kualiti bersesuaian dengan bajet yang kami ada.

“Liga dua negara itu agak tinggi kualiti berbanding negara Asean lain, kami boleh melihat kemampuan sebenar pemain ketika liga kedua-dua berlangsung,” katanya lagi.

Perkembangan ini agak mengejutkan memandangkan pasukan Kelantan dikhabarkan mempunyai masalah kewangan yang kritikal dengan masalah tunggakan gaji dan hutang yang masih belum selesai sehingga hari ini.

Adakah penguruan baharu KAFA masih belum sedar? Masalah kewangan yang dihadapi oleh pasukan tersebut sejak sekian lama salah satu puncanya adalah disebabkan pengambilan jurulatih dan pemain import yang tidak kompeten.

Adakah sekiranya pemain import yang dibayar dengan gaji yang mahal tidak beraksi dengan baik atau gagal memenuhi jangkaan, maka mereka akan ditamatkan kontrak dan pasukan terpaksa membayar pampasan sehingga merugikan dan mengganggu kewangan pasukan?

Pada musim hadapan, dua pasukan Kelantan akan beraksi di Liga Premier selepas Kelantan United muncul juara liga M3 tempoh hari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN