Nidzam Jamil: Perlawanan Pra-Musim Bukan Cari Kemenangan, Tapi Untuk Kenal Kekuatan Dan Kelemahan Pasukan

Nidzam JDT

Prestasi Felda United sepanjang persediaan pra-musim setakat nampak berjalan lancar terutamanya selepas mengharungi empat perlawanan iaitu dua perlawanan persahabatan dan dua perlawanan jemputan dalam kejohanan Piala Gubernur Edy Rahmayadi di Medan, Indonesia.

Dalam dua perlawanan persahabatan, Felda United telah kalah dalam kedua-dua perlawanan di mana mereka ditundukkan Kuala Lumpur 2-1 di Stadium KLFA, Cheras dan kemudian tewas kepada Juara Liga Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng FC juga dengan keputusan sama.

Namun mereka telah mencipta kejutan dengan menjuarai kejohanan di Medan selepas menundukkan pasukan tuan rumah, PSMS Medan 2-1 di separuh akhir sebelum menumpaskan wakil Kemboja, Boeung Ket FC di perlawanan akhir dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Nicolas Velez.

Kejayaan membawa pulang torfi kejuaraan tersebut ternyata merupakan satu motivasi buat The Fighters untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada tahun ini sekalipun pasukan tersebut berdepan dengan kekangan kewangan selepas diberikan peruntukan bajet yang semakin kecil.

Ketua Jurulatih Felda United, Nidzam Jami semasa ditembual SemuanyaBOLA mengakui kemenangan dalam perlawanan pra-musim adalah penting untuk merasa bagus atau sebagai motivasi. Tetapi beliau mahu mengingatkan semua pihak perlu jelas bahawa objektif utama adalah untuk menguji pemain dan mengenal pasti setiap aspek.

“Contohnya dari segi kecergasan, cara berfikir, membuat keputusan serta pemahaman pemain mengenai apa yang jurulatih mahukan. Jadi sekarang pada saya, perlawanan pra-musim ini adalah untuk melihat apakah kemampuan sebenar seseorang pemain terutamanya di mana kelebihan dan kekuatan mereka.

“Kita perlu bermain berdasarkan kekuatan pemain dan tidak semestinya apa yang saya nak. Sebab dalam bola sepak, memang kadang kala keputusan tidak memihak pada kita.” kata Nidzam yang jelas gembira dengan komitmen pemainnya setakat ini.

Jurulatih berusia 39 tahun bagaimanapun mengakui beliau masih ada tugasan penting untuk memperbaiki sedikit sebanyak kelemahan di beberapa bahagian terutama cara bermain sebagai satu pasukan.

“Dari segi komitmen, saya percaya semua pemain telah berikan 100%, kita ada dua orang pemain muda yang masih menunggu keputusan SPM. tetapi saya kagum dengan keberanian mereka.

“Semua ini adalah proses untuk mereka belajar. Jadi saya harap kami dapat menamatkan aksi pra-musim dengan baik.”

Pada hari ini, Felda United akan beraksi dalam satu lagi perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Pakistan di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai bermula jam 4.45 petang.

Kredit Foto: Felda United FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN