Nidzam Jamil Lega Tujuh Tonggak FELDA United Kini Bebas Daripada Kecederaan

Kehadiran semula Khairul Amri, Hadin Azman, Jasazrin Jamaludin, Daniel Amier Norhisham, S. Chanturu dan Christie Jayaseelan memberi semangat tambahan kepada skuad FELDA United untuk mengharungi baki saingan Liga Super yang akan datang.

Menurut ketua jurulatih pasukan itu, Mohd Nidzam Jamil, beliau berharap kehadiran semula tujuh tonggak utama itu dapat membantu skuad The Fighters keluar dari zon penyingkiran ke Liga Premier musim depan.

“Kehilangan tujuh pemain utama yang terpaksa ditampung pemain muda sedikit-sebanyak memberi kesan kepada skuad Felda.

“Apapun, saya tidak mahu terlalu bersedih mengenainya, ia sudah pun berlalu dan kami perlu memandang ke hadapan.

“Selepas mereka semua kembali, saya berasakan kami boleh menjadi pencabar yang lebih baik, sekurang-kurangnya untuk misi kekal dalam Liga Super,” katanya dalam Stadium Astro.

Foto: Felda United

Selepas 14 perlawanan, FELDA United berada di tangga tercorot Liga Super dengan 9 mata dan Nidzam terdesak untuk memastikan pasukannya mengutip mata dalam baki lapan perlawanan yang dilalui selepas ini.

“Kami akan bertemu PKNS (14 Jun) dan tiga hari selepas itu, kami akan berdepan PJ City. Masing-masing perlu mendapatkan mata maksimum, jadi saya berasakan ia akan menjadi perlawanan yang menarik,” katanya lagi.

Malah, beliau turut memendekkan waktu cuti sempena Hari Raya Aidilfiri dan anak buahnya dijangka akan kembali berlatih pada hari raya ke empat untuk memastikan tahap kecergasan tidak terjejas.

“Kalau boleh, saya nak bagi mereka cuti panjang, tapi kita kena realistik dan tengok situasi serta kedudukan pasukan dalam saingan Liga Super ketika ini.

“Berada dalam zon penyingkiran dengan pasukan di tangga ke-10 dan ke-11 pula semakin menjarakkan mata, kita tidak ada banyak masa untuk berehat jika ingin kekal dalam Liga Super musim depan,” katanya dalam Harian Metro.

Selain saingan Liga Super, FELDA United juga bakal berdepan Kedah di peringkat separuh akhir Piala FA pada 22 Jun dan 30 Jun ini secara timbal balik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN