Nidzam Jamil Kini Hadapi ‘Masalah’ Bersama Selangor

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil tampaknya menjadi antara jurulatih paling sibuk kini selepas skuad kendaliannya tampil dengan prestasi cukup memberansangkan pada awal saingan musim 2024/2025.

Momentum tiga kemenangan berturut-turut dicatat The Red Giants kini menjadikan mereka sebagai salah satu pasukan paling mencuri tumpuan selepas prestasi dipamerkan jelas positif.

Bermula dengan siri kemenangan 1-0 mengatasi Kedah Darul Aman (Kedah), momentum itu diteruskan melalui dua kejayaan dilakar seawaktu berdepan Negeri Sembilan bersama rekod jaringan besar.

Statistik kini menunjukkan Selangor telah pun meledak sembilan gol secara keseluruhan daripada tiga perlawanan dengan kekal kebal tanpa dibolosi sebarang jaringan.

Tanpa kelibat bintang Harimau Malaya iaitu Faisal Halim yang masih lagi berehat selepas ditimpa musibah serta Reziq Banihani kerana isu kecederaan, prestasi skuad kendalian Nidzam Jamil boleh dikatakan langsung tidak tergugat.

Kemenangan terbaharu menyaksikan Selangor konsisten meraih keputusan 4-0 ketika berdepan Negeri Sembilan dengan menampilkan kualiti permainan cukup menyakinkan sepanjang aksi berlangsung.

Disebabkan itu Nidzam kini mulai berdepan masalah baharu bersama pasukan tersebut kerana para pemain kendaliannya semua mempamerkan kualiti terbaik untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Nidzam ketika ini jelas berpuas hati dengan komitmen dipamerkan oleh para pemain yang mempamerkan mentaliti positif untuk bersaing dalam kesebelasan utama.

“Semua yang main faham cara bertahan seperti kita bayangkan, namun pada masa akan datang kita perlu tambah baik persembahan kami.

“Tetapi, secara keseluruhan kami boleh berasa gembira dengan keadaan sekarang. Sudah pasti akan ada kesilapan dalam permainan bola sepak.

“Kalau tanya bagaimana (peluang pemain) selepas ini, saya rasa kalau mereka berikan komitmen dan menunjukkan sikap bagus, sudah pasti ia beri masalah kepada saya untuk buat pemilihan skuad utama,” kata Nidzam menerusi laporan dikeluarkan oleh Kosmo.

Melihat kepada momentum semasa pasukan ini, jelas Selangor sekali lagi dijangka bakal tampil selaku salah satu kelab pencabar kejuaraan Liga Super selain Johor Darul Ta’zim (JDT).

Malah, ini juga menjadi detik terbaik buat pasukan tersebut sebelum menghadapi saingan di pentas asia tidak lama sahaja lagi.

Sumber:
Kosmo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN