Nidzam Jamil: Felda United Tewas Dalam Situasi ‘Set-Pieces’

pkns fc felda united

Felda United tewas buat kali kedua pada musim ini dengan kali ini terpaksa tunduk pula kepada pasukan tuan rumah, PKNS FC dengan keputusan 2-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Mereka juga gagal untuk meneruskan rentak kemenangan yang dicapai pada aksi minggu lalu ketika menewaskan PJ City FC dengan keputusan 1-0 dalam aksi minggu kelima.

Kali terakhir The Fighters menang di gelanggang lawan adalah ketika berdepan lawan yang sama, PKNS FC dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2018 – menang 3-2.

Pengendali Felda United, Nidzam Jamil nyata kurang berpuas hati dan memaklumkan dalam sesi post match reaction di iflix yang dia telah menemui sebab kepada kegagalan skuadnya itu.

“Kalau kita tengok tadi, gol yang kita kena tadi adalah daripada set-pieces conner – mungkin ramai yang tidak perasan. Jadi, saya rasa kita perlu lihat perkara ini dan perbetulkan set-pieces kita.

“Sebab masa babak kedua dengan Kedah dulu pun set-pieces juga, dua gol. Jadi, ada banyak kerja rumah kita kena buat dan dalam masa 3 minggu ini banyak benda kita kena betulkan,” ujarnya.

Kenyataan Nidzam Jamil itu ada benarnya kerana kedua-dua gol tuan rumah bermula daripada situasi set-pieces dan telah disudahkan oleh Romel Morales dan Tamirlan Kozubaev.

Dengan liga bakal berehat panjang untuk memberi ruang kepada perlawanan antarabangsa dan juga pusingan Kelayakan Kejohanan AFC B-23, Nidzam Jamil miliki masa yang lebih dari cukup.

Mengulas mengenai aksi permainan pasukannya, pengendali muda itu menjelaskan beberapa aspek taktikal yang cuba digerakkannya namun ianya menemui jalan buntu akibat beberapa faktor.

Reaksi tindak balas para pemainnya, kekurangan pemain berkualiti dan juga lawan memiliki barisan pemain berpengalaman menjadi jurang perbezaan antara kedua-dua pasukan.

Namun, menurutnya lagi, itu bukanlah satu alasan untuk menutup kekalahan skuad kendaliannya itu kali ini.

“Saya rasa kita tewas dari segi tindak balas kita. Dalam babak pertama, reaksi kita tidak berapa baik.

“Kita minta lawan datang ke kawasan kita untuk cuba dapat ruang yang banyak di belakang kita. Tapi itu tak terjadi kerana reaksi kita selepas memenangi bola sangat-sangat perlahan,” jelasnya.

Selepas rehat panjang, The Fighters akan turun menentang pasukan yang belum tewas pada musim ini, Pahang yang kini berada di kedudukan kedua Liga Super 2019,

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN