Nidzam Jamil Dilantik Sebagai Jurulatih Baharu FELDA United

Bekas pemain skuad kebangsaan, Mohd Nidzam Jamil kini dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih baharu pasukan FELDA United FC, bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pengurus kelab itu, Mohd Nasir Embong mengesahkan bekas jurulatih SPA FC ini akan terus mengendalikan skuad The Fighter menggantikan B. Sathianathan yang telah meletak jawatan.

“Saya sahkan Nidzam yang bertindak selaku penolong jurulatih FELDA United musim ini diberi tanggungjawab selaku ketua jurulatih musim depan.

“Berdasarkan pengalaman yang dimiliki Nidzam, kami percaya pasukan akan mampu mencapai keputusan terbaik terutama dalam menghadapi saingan Liga Super,” katanya Berita Harian.

Nidzam Jamil ketika menjadi jurulatih SPA FC.

Nizam calon terbaik FELDA United

Jurulatih sebelum ini, B Sathianathan membuat keputusan untuk meninggalkan The Fighters bagi musim 2019 selepas tidak berpuas hati dengan pemotongan gaji sehingga 60 peratus.

Dengan pengalaman yang dimiliki Nidzam sebagai penolong jurulatih dan pernah menyarung jersi Selangor, PKNS FC dan Negeri Sembilan, beliau dilihat calon terbaik untuk meneruskan perjuangan FELDA United.

Musim ini, FELDA United muncul juara Liga Perdana sekali gus layak beraksi dalam saingan Liga Super musim 2019.

Skuad FELDA United bakal dibarisi oleh muka baharu

Mohd Nasir membayangkan skuad FELDA United bakal dibarisi oleh pemain muda daripada skuad Piala Presiden dan beberapa tonggak utama dijangka akan berhijrah ke pasukan lain.

FOTO: Felda United FC

“Tidak semua pemain yang beraksi musim ini ditawar kontrak kerana musim 2019 bakal menyaksikan pasukan ini bakal dibarisi pemain FELDA sendiri terutama daripada skuad Piala Presiden.

“Namun, kita masih lagi menawarkan beberapa pemain berpengalaman untuk kekal dalam skuad ini, tetapi terpulang kepada mereka sama ada bersetuju dengan tawaran diberikan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN