Nidzam Jamil Bakal Pengendali Baharu Melaka United?

Pengurusan skuad Melaka United (MU) kini cuba memancing khidmat bekas pemain kebangsaan yang juga penolong jurulatih FELDA United, Mohd Nidzam Jamil bagi menggantikan tempat E. Elavarasan musim depan.

Namun begitu, jurulatih yang berusia 38 tahun itu enggan mengulas lanjut dan mengakui memang ada dihubungi pihak pengurusan MU baru-baru ini.

“Buat masa sekarang saya tak boleh nak kata betul atau tidak (menerima tawaran MU) kerana saya masih lagi memiliki kontrak dengan FELDA hingga November ini.

“Lagipun, saya masih menunggu perancangan pengurusan FELDA untuk musim depan. Kalau tanya saya, memang agak sayang nak tinggalkan pasukan sebab kami sudah mengharungi musim ini dengan cemerlang sekali hingga berjaya menjuarai Liga Perdana.

“Malah, pada musim depan kami akan membuat penampilan semula di Liga Super. Apapun, saya perlu menghormati kontrak yang ada sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan saya,” katanya kepada Berita Harian.

Nidzam Jamil ketika menjadi jurulatih SPA FC.

Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim akan meninggalkan pasukannya untuk membimbing Melala United.

Walaubagaimanapun, Abu Bakar menafikan khabar angin itu dan menegaskan beliau kekal dengan PKNP FC musim depan.

Pemilihan Nidzam untuk membimbing MU dilihat tepat dengan beliau dianggap antara jurulatih muda terbaik yang ada di Malaysia ketika ini kerana beliau pernah membawa SPA FC menjuarai Liga FAM sekali gus melakar sejarah selaku pengendali termuda memenangi trofi itu pada usia 32 tahun.

Selain berpengalaman bersama SPA FC selama tiga musim, beliau turut pernah membimbing AirAsia FC (2015-2016) dan Pasukan Bolasepak Universiti Malaysia (2016) yang bertanding di dalam Kejohanan Universiti Dunia di Taiwan, sebelum memilih untuk ‘berguru’ dengan Sathianathan di FELDA United sebagai penolong jurulatih sejak dua musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN