Nidzam Jamil Akui Terkejut Bertemu Faisal Halim Di Stadium

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil akui beliau terkejut selepas bertemu Faisal Halim sebelum aksi pertama Piala FA 2024/2025 membabitkan pasukan itu menentang Negeri Sembilan semalam.

Faisal secara tiba-tiba telah mencipta kejutan di Stadium Petaling Jaya semalam, selepas beliau hadir ke sana untuk memberi sokongan kepada The Red Giants yang mencipta kemenangan besar 4-0 mengatasi skuad Hoben Jang Hoben.

Kehadiran bintang Harimau Malaya itu bukan sahaja memberi semangat luar biasa kepada para pemain, malah ianya memberi keterujaan sangat tinggi dalam kalangan peminat yang hadir ke stadium tersebut.

Malah, Faisal juga dikatakan sudah pun hadir ke stadium tersebut untuk tempoh 30 minit lebih awal demi memberi sokongan moral kepada rakan sepasukan lain.

Nidzam sendiri mengakui beliau terkejut dan terharu selepas melihat kehadiran Faisal setelah mereka tidak berjumpa untuk tempoh sangat lama sebelum ini.

Apa tidaknya, Faisal sebelum itu telah pun menjadi mangsa kerakusan penjenayah menerusi siri simbahan asid sebelum aksi Liga Malaysia (Liga M) membuka tirai sehingga memaksa pemain itu berehat dalam tempoh lebih lama untuk kembali sembuh daripada kecederaan.

Kejadian hitam itu bukan sahaja mengejutkan bola sepak tempatan, malah ia turut memberi kesan begitu mendalam buat para peminat bola sepak di sekitar Asia sebelum itu.

“Sudah pasti, Faisal sudah sebulan tidak bersama kami, dia merupakan pecahan yang hilang buat kami.

“Apabila Faisal berada di sini untuk menyokong, dia juga datang ke bilik persalinan sebelum perlawanan, saya dan rakan-rakan sepasukannya mengharapkan dia akan dapat pulang dengan segera.

“Dia datang 30 minit sebelum sepak mula, tiada siapa sangka, saya juga tidak diberitahu dan agak terkejut

“Ia agak beremosi, kami dapat bergurau seperti biasa dan kami amat rindu untuk berbual dengannya. Saya amat gembira melihat perkembangannya,” jelas Nidzam kepada Stadium Astro.

Untuk rekod, Faisal menjadi tulang belakang kepada kekuatan Selangor pada tahun lalu sehingga pasukan tersebut berjaya melangkah ke saingan Asia pada musim ini setelah mereka menduduki carta kedua Liga Super.

Rekod individu tahun lalu menyaksikan Faisal telah meledak 13 gol bersama 11 bantuan jaringan daripada 26 perlawanan dihadapi beliau bersama Selangor di pentas domestik.

Sumber:
Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN