Nidzam Anggap Tindakan Liridon Sebagai Tidak Kenang Budi

Beberapa hari lalu arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan kenyataan terbuka oleh pemain import Kedah dari Kosovo, Liridon Krasniqi terhadap bekas Ketua Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha.

Setelah berdiam diri seketika, akhirnya Nidzam membuka mulut mengenai kenyataan pemain import itu, malalui satu artikel yang disiarkan Berita Harian pada hari ini.

Bagi Nidzam, beliau tidak menjangkakan sama sekali Liridon sanggup membuka pekung di dada secara terbuka begitu. Ia diibaratkan seperti segala bakti yang dicurahkan oleh jurulatih tesebut dibalas dengan racun.

Bagi Nidzam, kecaman oleh Liridon tersebut tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi dari seorang pemain bola sepak profesional.

Bercakap kepada Berita Harian, Nidzam berkata:

“Saya hairan beliau sanggup meluahkan kecaman sedemikian kepada saya sedangkan saya sentiasa menghormati corak permainannya sebelum ini dan sebagai jurulatih sebelum ini tiada pula timbul isu sebegini.”

“Saya kesal dengan kenyataannya dan saya merasakan kecaman dilakukan ini tidak baik ke atas saya dan tidak mencerminkan sikap profesonalisma serta etika seorang pemain bola sepak tambahan ini melibatkan nama KFA dan Kedah.”

Photo by: Safwan Rozi | Asiana.my
Keywords:

“Sebagai jurulatih saya sayangkan semua pemain dan saya telah berkorban mencurahkan sepenuh tenaga demi memastikan kejayaan Kedah sejak mula mengendalikan pasukan Piala Presiden Kedah pada 2012 dan selepas itu skuad Lang Merah bermula 2015 lagi.

Nidzam sebenarnya bukan watak asing di dalam bola sepak Kedah. Mula beraksi bersama Kedah sejak 1993, Nidzam turut pernah membantu pasukan tersebut meraih beberapa kejuaraan sebagai pemain dan juga jurulatih.

Mengenai kontroversi yang ditimbulkan oleh Liridon, Nidzam bertegas enggan mengulas panjang isu itu dan akan meminya nasihat daripada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) serta Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) sebagai badan rujukan.

Bekas pengendali Kedah, Azraai Khor Andullah ketika dihubungi oleh Berita Harian turut melahirkan kekesalan terhadap apa yang berlaku.

FOTO: Facebook KFA

Azraai turut melabel tindakan oleh Liridon sebagai tidak profesional.

Bagi Azraai, ia adalah perkara biasa jika hubungan di antara pemain dan jurulatih menjadi tidak baik kerana salah faham.

Namun sebagai pemain, Azraai berkata Liridon sepatutnya menunjukkan rasa hormat terhadap jurulatih yang pernah membimbing beliau itu.

“Saya turut simpati dengan Nidzam kerana selepas beliau menabur bakti kepada pasukan, beliau akhirnya dikritik dengan kata-kata yang memalukan,” ujar Azraai kepada Berita Harian.

Liridon sebelum ini memuatnaik kritikan terhadap Nidzam di media sosial Instagram Story miliknya, dengan menuduh jurulatih tesebut sebagai pengecut kerana melepaskan jawatan, tatkala pasukan sedang berada dalam keadaan terumbang ambing.

Liridon bagaimanapun memadam kembali kenyataan tersebut dari akaun Instagram beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN