Nidzam Akui Pemain Kedah Banyak Buat Kesilapan Mudah

Hasrat skuad Lang Merah meraih tiga mata penuh tidak menjadi kenyataan gara-gara terikat dengan keputusan seri 3-3 dalam aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman malam tadi.

Menurut laporan dari Berita Harian, beliau mengakui pemainnya banyak melakukan kesilapan mudah yang menghukum pasukan daripada mencatat kemenangan selesa di halaman sendiri.

“Sekiranya kami menjaringkan gol keempat, saya yakin kami mampu menang namun inilah hakikat dalam perlawanan di mana saya penguasaan bukan jaminan kemenangan.

“Kami mengharungi babak kedua dengan mentaliti serta sikap sama seperti babak pertama dan sepatutnya kami menghasilkan lebih gol.

“Pada babak kedua kami cuba menambah jaringan cuma peluang yang terhidang tidak disempurnakan sebaiknya,” kata Nidzam.

Beliau juga berharap agar pemainnya mengambil pengajaran daripada perlawanan ini dan tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut.

“Cuma saya lihat dalam setiap perlawanan semua pemain pernah melakukan kesilapan dan saya berharap kesilapan yang merugikan itu dapat dikurangkan pada masa akan datang.

“Negeri Sembilan datang ke sini memang untuk sasarkan satu mata dan apabila kami gagal menambah gol keempat mereka pula mengambil kesempatan diatas kelemahan yang ada.

Skuad Helang Merah akan berangkat ke Kuantan pada hari jumaat ini untuk pertemuan menentang naib juara liga super 2017, Pahang.

“Fokus kami seterusnya adalah menentang Pahang di Kuantan pada 5 Mei ini. Ia lebih mencabar dan kami perlu terus fokus serta bersedia,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN