Nidzam Adha Mahu Kuala Lumpur Segera Kembali Ke Liga Super

Kuala Lumpur

Ketua jurulatih baharu Kuala Lumpur, Nidzam Adha Yusoff berhasrat untuk melihat skuad bimbingannya kembali ke kancah Liga Super 2021.

Sejajar dengan sasaran daripada pihak pengurusan itu, Nidzam mengakui beliau bersedia mengambil tanggungjawab bagi memimpin barisan pemain Kuala Lumpur merealisasikan impian tersebut.

Kuala Lumpur terpaksa ‘diturunkan pangkat’ selepas menamatkan persaingan Liga Super musim ini ditangga tercorot setelah sekadar mengumpul 14 mata daripada 22 perlawanan dilalui.

”Pihak pengurusan mahu kami kembali ke Liga Super. Saya menerima cabaran ini dan kami akan bekerja keras bagi mencapainya,” ujar Nidzam Adha bercakap kepada The Star Online.

”Jika boleh, kami tidak mahu untuk mendapatkan pemain import pada jendela perpindahan kedua nanti. Jadi, kami perlu teliti dengan pemilihan [pemain import].”

”Liga Malaysia hanya akan bermula pada penghujung bulan Februari, jadi kami masih mempunyai banyak masa untuk menandatangani pemain import.”

”Hampir 80 peratus pemain adalah muka-muka baru, kami perlu untuk memandang ke hadapan dari musim lalu dan kembali membina pasukan ini.”

Bagi menghadapi saingan 2020, Kuala Lumpur telah membawa masuk beberapa pemain pengalaman seperti Shukor Adan, Akram Mahinan, S. Subramaniam, Zamir Selamat dan Nik Shahrul Azim Halim dalam usaha memantapkan pasukan.

Sementara itu bagi kuota pemain import pula, hanya Paulo Josue dari Brazil yang dikekalkan daripada skuad musim ini.

Kredit foto: Kuala Lumpur Hawks

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN