Nidzam Adha: Kurang Persaingan Ke Liga Super Selepas Ada Empat ‘Feeder Club’

nidzam adha rosle md derus kuala lumpur 2020

Pengendali Kuala Lumpur yang baharu dilantik, Mohd Nidzam Adha Yusoff menjelaskan mereka hanya perlu bersaing dengan beberapa pasukan untuk memburu tiket ke Liga Super 2021.

Menyatakan atas faktor itulah, pengendali berusia 51 tahun ini tampak yakin yang skuad kendaliannya, The Hawks akan berjaya lolos ke saingan tertinggi Liga Malaysia pada musim hadapan.

Boleh dikatakan beban dikalangan pasukan Liga Premier sedikit kurang selepas pertambahan pasukan simpanan atau feeder club untuk pasukan Liga Super. Pasukan tersebut tidak akan terlibat dalam persaingan untuk merebut tiket promosi ke Liga Super.

Musim lalu, hanya ada dua feeder club iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Terengganu FC II, namun musim 2020, penambahan dua lagi pasukan telah berlaku iaitu Selangor II dan Perak II.

“Seperti yang kita tahu, Liga Premier agak kurang sedikit [persaingan]. Saya yakin dengan pemain-pemain. Selepas perbincangan bersama pihak pengurusan, saya rasa pemain-pemain yang ada sekarang mampu untuk mencapai sasaran.

“Kalau pemain import kita menjadi, insyaAllah. Sebab kita hanya bersaing dengan Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kelantan,” ujarnya mengenai cabaran di Liga Premier musim 2020.

“Empat feeder club tidak akan naik [Liga Super]. Jadi, kita hanya tinggal empat atau lima pasukan sahaja [untuk bersaing],” tambahnya lagi yang dipetik daripada Youtube Akbar Sahari.

Bercakap mengenai senarai pemain, Nidzam Adha menjelaskan barisan kejurulatihan telah memuktamadkan pemain tempatan dan ketika ini sedang memburu dua penyerang import berkualiti.

Penyerang import pada musim lalu, Guilherme de Paula memilih untuk meninggalkan Kuala Lumpur dan telah berhijrah ke Perak mungkin atas sebab mahu terus kekal bermain di Liga Super.

“Untuk pemain tempatan, memang saya sudah muktamadkan cuma saya masih mencongak satu lagi pertahanan kiri. Tetapi untuk pemain import, kita masih mencongak dua penyerang.

“Davy Angan masih lagi dalam proses percubaan sebab dia telah kecederaan di Melaka [United] dan berehat lima bulan. Kita akan tengok sebulan [prestasi] dahulu,” jelasnya mengenai calon pemain import yang sedang bersama pasukan Kuala Lumpur ketika ini.

Kredit Foto: Kuala Lumpur FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN