Nicola Berti Percaya Arturo Vidal Mampu Bawa Inter Milan Setaraf Juventus

Vidal

Spekulasi mengenai penghijrahan Arturo Vidal ke Inter Milan hampir menjadi kenyataan.

Ini susulan berita yang dikeluarkan oleh Football Italia, dimana Bayern Munich dilaporkan telah bersetuju dan menerima tawaran dari kelab Itali tersebut.

Berita penghijrahan Vidal ke Inter itu turun mendapat perhatian dari bekas pemain Inter Milan, Nicola Berti.

Menurut Berti, Inter Milan akan berada setaraf dengan Juventus jika berjaya mendapatkan Vidal.


Berti telah menyuarakan sokongan sepenuhnya keatas bekas kelabnya itu yang sedang berusaha untuk mendapatkan pemain tengah Chile, Arturo Vidal bersama pasukan mereka.

Kenyataan tersebut dipetik menerusi sumber football-italia. Berti sebagai berkata, beliau percaya bahawa Vidal mampu memberi impak yang hebat bersama Inter Milan nanti.

“Kehadiran Viral bakal membawa Inter Milan kekedudukan yang hebat seperti Juventus pada hari ini.”

“Inter Milan bakal menjadi pasukan yang hebat jika berjaya memiliki beliau.”

Selain itu, Berti turut berkata, beliau amat mengagumi kehebatan dan kualiti yang dimiliki pemain tengah Chile itu.

“Saya amat menyukai karakter Vidal  sebagai pemain diatas padang. Dia sangat hebat, berkemampuan untuk mencetak gol dan dia juga sentiasa dilihat berada disetiap sudut padang.”

“Dia seorang pemain yang banyak memberi peluang didalam perlawanan dan sentiasa berjuang untuk mendapatkan bola. Saya amat berharap berita kehadiran Vidal ini mampu menjadi satu kenyataan”

“Vidal mempunyai sifat kepimpinan di dalam skuad. Saya percaya, dengan kehadiran Vidal, Inter akan setaraf dengan Juventus.” ujar Berti.

Akhir kata, Berti turut berpendapat bahawa kelibat pemain itu menyamai dengan bekas pemain Inter Milan yang juga rakan sepasukannya satu ketika dahulu, iaitu Ivan Zamorano.

“Arturo Vidal seorang pejuang bola sepak. Kelibat beliau seakan-akan seperti rakan saya, Ivan Zamorano.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN