Dalam aksi liga Norway (Eliteserien 2017) semalam, Rosenborg – yang juga merupakan pendahulu liga – dengan mudah menewaskan pasukan tangga ke-14, Kristiansund dengan jaringan 4-1.
Nicklas Bendtner, subjek utama dalam artikel ini dan juga hero kultus (cult hero) untuk peminat bola sepak Eropah yang memanggilnya ‘Lord Bendtner’, beraksi cemerlang dalam perlawanan semalam.
Beliau menjaringkan 2 gol dan menyumbang 1 assist. Tetapi mengapa beliau memarahi rakan sepasukannya?
Insiden ini terjadi selepas beliau menjaringkan gol kedua.
Selepas mendapat bola dari kapten Matthias Vilhjálmsson, penyerang kiri Rosenborg dari Serbia, Milan Jevtović mendapat peluang untuk melakukan percubaan.
Bagaimanapun ruang Jevtović untuk melakukan percubaan agak terhad memandangkan beliau dengan pantas telah dihadang oleh 2 pertahanan Kristiansund. Pilihan yang lebih baik adalah – menghantar ke Bendtner yang mempunyai ruang yang lebih besar di sebelah kirinya.
https://youtu.be/D57U5ZQslA8
Biarpun Jevtović telah diberi arahan untuk menghantar bola oleh Bendtner, penyerang sayap Serbia tersebut tidak mengendahkannya (atau mungkin tidak nampak Bendtner) lalu terus membuat percubaan.
Percubaan Jevtović mudah dihalang pertahanan Kristiansund. Bagaimanapun bola bergolek ke arah Bendtner pula.
Bendtner dengan mudah menyudahkan peluang tersebut sebelum meraikan jaringan tersebut dengan memarahi Jevtović kerana tidak menghantar bola tersebut kepadanya.
Rakan sepasukan Bendtner cuba menenangkan Bendtner. Ini termasuklah kapten Bendtner sendiri, Matthias Vilhjálmsson yang dilihat cuba memaksa penyerang Denmark tersebut untuk senyum.
Seorang peminat bola sepak di Reddit menyimpulkan insiden ‘Lord Bendtner’ ini dengan baik melalui coretan ala-Bible beliau di bawah: