Kemenangan OGC Nice ke atas Nancy-Lorrraine semalam membolehkan kelab tersebut menamatkan Ligue 1 dalam kelompok 3 teratas.
Dalam perlawanan yang berkesudahan 3-1. Nice ketinggalan 1 gol selepas pelawat mendahului menerusi Maurice Dale pada minit ke-26.
Nice menyamakan kedudukan 9 mnnit kemudian menerusi Le Bihan. 2 gol Michel Seri kemudian memastikan kelab tersebut akan berpeluang bermain di UCL pada musim hadapan.
Nice kini mengutip 73 mata selepas 33 perlawanan. Jauh meninggalkan Olympique Lyonnais di tangga ke-4. Lyon hanya mengutip 54 mata selepas 32 perlawanan.
Nice hanya 1 mata di belakang PSG yang berada di tangga kedua. PSG masih ada 1 perlawanan dalam tangan berbanding dengan Nice.
Nice juga hanya 4 mata di belakang pendahulu Ligue 1, AS Monaco yang juga ada 1 perlawanan di dalam tangan.
OGC Nice masih tidak tewas dalam 10 perlawanan terakhir mereka dalam Ligue 1. 7 daripada 10 perlawanan terakhir mereka adalah berakhir dengan kemenangan.
Konsistensi ini yang membuatkan mereka berjaya menempatkan diri dalam kelompok 3 teratas. Nice membuat pengumuman rasmi di laman twitter mereka dengan kapsyen: Selesai! Podium! Eropah!
C’est fait !
Europe ✅ Podium ✅
41 ans après, l’@ogcnice terminera sur le podium de la @Ligue1 cette saison ! pic.twitter.com/ZmlDLGhayk
— OGC Nice (@ogcnice) April 15, 2017
Kali terakhir kelab ini berada dalam kelompok 3 teratas adalah pada 41 tahun yang lalu.
Ia sudah pasti satu pencapaian yang sangat membanggakan untuk kelab yang berbelanja sederhana dan membawa masuk beberapa pemain seperti Mario Balotelli, Dante dan Belhanda.
Tahun lalu kelab ini menamatkan kempen liga di tangga ke-4.
Baca juga: Menang Ke Atas PKNS FC, JDT Kini Berkelebihan 3 Mata Di Puncak Liga