Ini satu berita yang cukup menggembirakan bola sepak Vietnam!
Pemain Vietnam, Nguyen Cong Phuong telah pun mendapat peluang untuk meningkatkan lagi karier beliau apabila berjaya mendapatkan tempat di sebuah pasukan Korea Selatan.
Menurut laman Yonhap News Agency, pasukan Incheon United telah pun mendapatkan khidmat Cong Phuong secara pinjaman.
Mereka yang mendapatkan pemain itu dari kelab Hoang Anh Gia Lai itu, akan menjadi pemain untuk Incheon United selama pinjaman satu tahun.
Cong Phuong merupakan pemain yang penting dalam skuad Vietnam, beliau merupakan pemain yang menjadi tunjang kepada kejayaan mereka dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018 yang lalu.
Selain itu, beliau juga merupakan nadi utama pasukan dalam perjalanan skuad Vietnam yang berjaya mara ke suku akhir Piala Asia 2019.
Cong Phuong yang beraksi di bahagian serangan, merupakan pemain yang pernah beraksi di Jepun satu ketika dahulu.
Sebelum Incheon United, beliau pernah beraksi bersama-sama dengan Mito Hollyhock dalam liga divisyen 2 Jepun pada tahun 2016.
Dapatnya menyertai K-League jelas memberikan kegembiraan kepada Cong Phuong.
“Saya gembira dan berbangga dapat menyertai K-League yang merupakan liga boal sepak terbaik Asia selama 8 tahun berturut-turut.”
“Saya dengar tahap bola sepak di K-League cukup tinggi dan saya perlu lakukan yang terbaik demi Incheon United.”
Cong Phuong akan diperkenalkan dalam satu majlis rasmi pada hari ini.