N’Golo Kante: Pergerakan Itu Sering Dilakukan Dalam Latihan Dan Gol Tersebut Bukan Kerana Nasib

Kante

N’Golo Kante menjadi wira The Blues dengan meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Crystal Palace 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park, malam kelmarin.

Sejak kedatangan Maurizio Sarri, prestasi Kante semakin meningkat naik dan untuk musim ini, beliau telah berjaya menjaringkan tiga gol dan melakukan dua bantuan gol dalam 20 perlawanan EPL.

Pemain tengah Perancis itu tidak lagi bermain di bahagian tengah bertahan buat pasukan. Sebaliknya beliau sering diletakkan di bahagian atas untuk membantu mencipta serangan pasukan.

Antara sebabnya adalah dengan adanya Jorginho. Sarri lebih gemar memilih Jorginho untuk berada di posisi bertahan sebagai memberi peranan deep lying playmaker untuk pasukan.

Bukan nasib tetapi ‘latihan’

Dalam perlawanan tersebut, Kante berjaya meluru ke dalam kotak penalti pihak lawan lalu menyempurnakan umpanan cantik dari David Luiz dengan meledak gol dari jarak dekat menewaskan penjaga gol Palace, Vicente Guaita pada minit ke-51

Bagaimanapun, ramai pemerhati bola sepak menilai gol yang telah dihasilkan oleh Kante itu hanyalah kerana nasib semata-mata.

Chelsea’s French midfielder N’Golo Kante (C) shoots past Crystal Palace’s Dutch defender Patrick van Aanholt (R) to score the opening goal of the English Premier League football match between Crystal Palace and Chelsea at Selhurst Park in south London on December 30, 2018. (Photo by Ben STANSALL / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE.

Kante sendiri tampil menolak kritikan tersebut dengan berkata, gol itu berpunca dari gerakan yang sering dilakukannya semasa latihan bersama pasukan.

“Itu adalah pergerakan yang sudah pernah saya lakukan di sesi latihan,” kata Kante di Sky Sports.

COBHAM, ENGLAND – DECEMBER 04: N’Golo Kante of Chelsea during a training session at Chelsea Training Ground on December 4, 2018 in Cobham, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

“Pergerakan itu tidak selalu menjadi dengan baik tetapi David (Luiz) telah menghantarkan bola itu dengan bagus dan saya senang untuk mencetak gol menggunakan kaki kiri saya.”

“Serta membantu pasukan meraih kemenangan. Ini tentang soal umpanan bola yang baik.” jelas Kante.

Luiz:  Crystal Palace bukan lawan mudah

Keputusan tipis 1-0 menggambarkan betapa sulitnya Chelsea untuk menumpaskan Crystal Palace di Selhurst Park.

Pertahanan Chelsea, David Luiz  turut mengulas mengenai perlawanan tersebut dengan mengakui yang Palace sangat berbahaya menerusi serangan balas yang dilakukan oleh mereka.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 30: NGolo Kante of Chelsea and David Luiz of Chelsea at full time of the Premier League match between Crystal Palace and Chelsea FC at Selhurst Park on December 30, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

Tidak pernah mudah untuk bermain di sini (Selhurst Park), terutama ketika mereka bermain dengan hantaran bola jauh, untungnya bagi kami kerana mampu bermain dengan baik,” kata Luiz.

“Kita boleh mencetak gol awal tetapi mereka juga bermain dengan pertahanan dengan hebat, itulah sebabnya perlawanan ini sangat sukar.”

Hasil kemenangan tersebut meletakkan Chelsea terus berada di landasan terbaik untuk memburu tempat dalam kelompok tiga teratas EPL selepas kekal menduduki di tangga keempat liga, dua mata di belakang Tottenham Hotspurs.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN