NFDP lagi penting, itulah respon Syed Saddiq ketika ditanya; ‘Di mana EPL percuma di RTM?’
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyifatkan pemerkasaan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) adalah lebih penting berbanding siaran percuma Liga Perdana Inggeris (EPL).
Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan keutamaan tersebut disuarakan sendiri menerusi maklum balas terhadap golongan muda yang mahukan pemerkasaan NFDP diberikan keutamaan oleh kerajaan pada hari ini.
Ada beberpa pihak masih menagih janji siaran percuma EPL yang dijanjikan Pakatan Harapan dalam manifesto mereka sebelum ini. Dan mereka juga yakin ada formula untuk menanggung kos tersebut.
Hal itu kemudian dibangkitkan oleh Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) yang mahu mendapatkan penjelasan mengenai janji Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini berjanju mahu menyiarkan siaran langsung EPL di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Namun Saddiq berkata: “Siaran percuma EPL bukan keutamaan kami,” jawab beliau.
#BHNasional: NFDP lebih penting daripada siaran percuma EPL – Syed Saddiqhttps://t.co/Q8gSY9aGu8 pic.twitter.com/G4BjENQKe4
— Berita Harian (@bharianmy) November 25, 2019
Syed Saddiq kemudian membentangkan hujah bahawa kerajaan telah menambahkan peruntukan lebih tinggu untuk NFDP daripada RM15 juta kepada RM45 juta.
Itu sudah cukup membuktikan betapa seriusnya kerajaan dalam usaha memajukan NFDP. Jadi, isu EPL bukan lagi isu yang berada di dalam agenda mereka.
Saddiq menambah: “Ia membuktikan kesungguhan kerajaan mengembalikan status negara sebagai kuasa bola sepak Asia sehingga pernah beraksi di Sukan Olimpik pada era 1970-an dan 1980-an.”