Neymar Yakin Sempat Pulih Dan Dapat Beraksi Di Piala Dunia 2018

Bulan Februari lepas, Kelab gergasi Perancis, Paris St Germain (PSG) mengesahkan mereka kehilangan bintang mereka dari Brazil, Neymar yang telah dilanda kecederaan “fractured metatarsal” (tulang metatarsus retak) dan “Sprained ankle” (Kecederaan buku lali).

Neymar diusung keluar ketika perlawanan menentang Marseille dalam saingan Liga Perancis yang menyaksikan PSG menang dengan jaringan 3-0.

Neymar mengharap dia mampu cergas sepenuhnya untuk aksi Piala Dunia dan akan memulakan latihan pada 17 Mei ini selepas mengalami kecederaan patah tulang kaki.

Penyerang Paris St.Germain (PSG) itu memerlukan pembedahan di bahagian kaki yang mengalami kecederaan ketika beraksi bersama kelab Perancis berkenaan pada 25 Februari lalu.

(Photo by Mehdi Taamallah/NurPhoto via Getty Images)

Brazil akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Switzerland pada 17 Jun ini iaitu sebulan selepas dia dijangka kembali menjalani latihan.

“Saya amat berharap mampu berada di tahap prestasi yang terbaik semula. Saya di jangka menjalani latihan semula pada 17 Mei ini dan mungkin boleh terus beraksi.

“Saya telah menjalani pemeriksaan pada minggu lepas dan semuanya berjalan dengan baik dan saya berharap segalanya menjadi lebih lancar agar dapat kembali beraksi secepat mungkin.

“Setiap hari saya akan mendapatkan rawatan dan sejak itu saya mulakan latihan ringan kerana saya ingin untuk beraksi dalam Piala Dunia.

“Saya menunggu empat tahun untuk peluang beraksi dalam Piala Dunia dan kini ia semakin hampir,” kata Neymar.

Neymar menjadi pemain bola sepak paling mahal apabila menyertai PSG daripada Barcelona hujung Ogos lalu dan telah menjaringkan 25 gol serta 16 bantuan jaringan buat kelab Perancis itu pada musim ini.

Pada aksi Piala Dunia 2014, Neymar terlepas aksi separuh akhir di laman sendiri berikutan mengalami kecederaan yang menyaksikan pasukan Brazil tewas 7-1 kepada Jerman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN