Neymar: “UCL Tahun Ini Milik Kami Kerana Kegeniusan Tuchel”

Neymar menzahirkan keyakinan beliau bahawa PSG akan mengakhiri penantian UCL sulung kelab itu. Ini selepas kemenangan 2-0 PSG ke atas Man. United tanpa beberapa pemain tonggak penting kelab.

Bagi Neymar, PSG ada pasukan yang hebat. Dan yang paling penting, kegeniusan Tuchel akan menjadi faktor utama yang akan membuatkan PSG menjulang UCL.

Neymar berehat daripada aksi bola sepak kerana kecederaan di bahagian metatarsal. Tanpa Neymar dan Cavani, PSG tetap beraksi dengan baik di Old Trafford.

PSG masih lagi mengidamkan UCL terutama sekali selepas dimiliki billionaire dari Qatar. Neymar percaya, penantian itu akan berakhir musim ini.

Jika PSG bermain di final, Neymar dijangka akan bermain ketika itu. Neymar berkata kepada wartawan dalam temuramah dengan Red Bull: “PSG akan menjuara Liga Juara-Juara Eropah musim ini.”

Ditanya tentang impak ketiadaan beliau, Neymar berkata: “PSG bukan tentang saya seorang. PSG ada pasukan yang hebat dengan pemain hebat serta jurulatih yang genius.”

“Selain itu, penyokong PSG adalah pemain ke-12 kami apabila kami bermain di Paris nanti. Saya tiada keraguan yang kami akan juara dan saya akan bermain nanti.”

Neymar mengambil positif daripada kecederaan yang beliau alami. Menurutnya, kerana kecederaan yang dilaluinya telah mematangkan lagi beliau sebagai seorang pemain.

Neymar kini sedang menjalani rawatan dan beliau bersyukur kerana melalui proses rehabilitasi dengan pakar serta profesional.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN